CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19036|Reply: 1

Hamidin merasakan letak jawatan bukan solusinya – “Saya tahu apa saya buat. Saya buat ikhlas untuk bola sepak, tidak ada kepentingan"

[Copy link]
Post time 9-5-2024 12:02 AM | Show all posts |Read mode




SHAH ALAM – Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin tidak merasakan tindakan melepaskan jawatan mampu menyelesaikan isu keganasan terhadap pemain bola di negara ini.


Malah, Hamidin juga bertegas, mana-mana pemimpin badan induk itu akan bersedia memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa yang kini giat melakukan siasatan.


“Saya tahu apa saya buat. Saya buat ikhlas untuk bola sepak, tidak ada kepentingan. Lagi sekali, kenyataan itu andaian masing-masing, jadi kita serahkan kepada pihak berkuasa.


“Sudah semestinya (beri kerjasama). Pihak berkuasa ada kuasa, nak panggil siapa pun boleh tidak ada masalah,” katanya.


Dalam tempoh seminggu, tiga pemain tempatan diserang, bermula dengan insiden membabitkan Akhyar Rashid di Terengganu, Faisal Halim dan terbaharu, bekas kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim berdepan detik cemas apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul dalam kejadian di Jalan Seri Gelam menghala Pantai Lido, Johor Bahru, malam tadi.


Hamidin juga mengakui yang FAM kini berdepan tanggungjawab mandatori untuk membersihkan nama Malaysia selepas isu keganasan terhadap pemain ini turut mendapat perhatian daripada media antarabangsa.


“Kita kena terima hakikat, sudah tentu kita tidak mahu perkara tidak baik berlaku. Kita perlu atasi masalah ini, selebihnya kita serah kepada pihak berkuasa untuk siasat.


“Kita pulihkan sama ada peminat, kelab, FAM dan juga MFL (Liga Bolasepak Malaysia (MFL). Kepada peminat, jangan buat spekulasi yang boleh memanaskan lagi keadaan,” katanya.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2024 04:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Master of puppets by metallic-a.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.058546 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list