CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aliff Aziz ‘tangkap’ Bella Astillah curang pada 13 Oktober 2023

3-5-2024 08:45 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 21237| Komen: 210

Description: Selepas menyepikan diri sekian lama, pelakon sensasi Aliff Aziz membuat pendedahan mula menyedari isterinya, Bella Astillah berlaku curang pada Oktober tahun lalu.


Selepas menyepikan diri sekian lama, pelakon sensasi Aliff Aziz membuat pendedahan mula menyedari isterinya, Bella Astillah berlaku curang pada Oktober tahun lalu.

Mengakui terkejut, Aliff, 33, berkata, perkara itu mula terbongkar apabila dia melihat perbualan isterinya dengan pelakon dipercayai Muaz Zabir dalam telefon bimbit.

“Semuanya bermula pada 13 November 2023 yang jatuh pada hari Ahad. Pada keesokan harinya, saya juara mingguan di All Star Gegar Vaganza sewaktu membawakan lagu Cik Mek Molek.

“Sebelum itu, saya sedar akan perubahan isteri seperti kurang masa di rumah kerana sibuk menjalani penggambaran. Tiba-tiba saya rasa mahu memeriksa telefon dia ketika dia sedang tidur.

“Apabila saya buka ‘archive massege’ (mesej arkib), saya rasa hilang. Terus saya telefon kedua ibu bapa saya kerana tidak tahu apa perlu lakukan,” katanya menerusi sebuah podcast.


Selepas mengetahui perbuatan isteri, pelantun lagu Sayang Sayang itu cuba untuk berhadapan dengan isteri untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka dengan cara baik.

“Saya maafkan awak (Bella), kalau awak nak ada perubahan dalam perkahwinan. Saya anggap ini sebagai satu kifarah.

“Mungkin Tuhan nak kejut saya. Ini yang isteri saya rasa apabila saya lakukan hal sama dahulu (curang).

“Saya tidak marah dan maafkan dia, cuma saya mahu lihat dia tengok perkahwinan ini ke arah lebih baik,” ujarnya lagi.

Tidak berputus asa untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina sejak 2016, Aliff cuba memberikan yang terbaik semata-mata untuk memenangi hati isteri tetapi Bella tetap dengan pendirian bahawa sudah tawar hati dengan hubungan terbabit.

“Saya cuba layan isteri macam seorang permaisuri, belikan bunga, coklat dan ikut semua hobi dia. Dengan harapan dia dapat lihat perubahan.

“Cuma sebagai manusia, saya tidak boleh jangka semuanya mengikut kehendak sendiri.

“Ketika itu, Bella beritahu sudah tawar hati dan semua yang saya lakukan agak terlambat. Banyak pergaduhan kecil antara kami,” katanya lagi.

Terdahulu, konflik rumah tangganya dengan Bella semakin meruncing selepas dia ditangkap khalwat dengan pelakon Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Kemelut hubungan dengan isterinya bertambah tegang selepas muncul seorang individu bernama Sarah Yasmine yang memperincikan satu per satu bukti diperoleh dalam telefon Aliff.

Sejak minggu lalu, wanita berusia 24 tahun itu menyelak rahsia Aliff dan Ruhainies termasuk dakwaan kedua-dua mereka bercinta serta aktres tersebut dikatakan menggunakan lelaki terbabit untuk menjatuhkan Bella. 

Sumber -KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nur_happy 3-5-2024 08:48 AM
I watch the whole podcast… mmg pandai berlakon kesian.. org buta je x nmpk… patut lah rmi perempuan cair…

Apahal x ckp psl sophia that happen before that?

Of course la bella tawar hati after all I’m done for you gituyyy

Sikit2 alasan self destruct, mcm org lain x da perasaan

Btw nmpk mcm still on dgn Ruhanat tu..

Dua2 muka tembok, sesuaiiiiii

Yes Bella silap sbb skandal also, makan diri… and sbb ckp psl mak Aliff and hide about dia minta cerai dulu (if betul lah ni) masa press conference… tapi I faham dia buat siap2 all this as precaution as dia tau laki tak guna ni mcm mana NARSISTIK and akan putar alam…

Good luck Ruhanat or who ever
Quote ninajaybee 3-5-2024 08:51 AM
Maknanya bukanlah ada love affair dengan Mulaz semata2 nak tarik perhatian Alep. Maknanya memang sungguh2lah bercinta macam kita boleh deduce dari all the messages. Patutlah sanggup buat semua tu sebab ya lah kalau sayang sangat2 bagai asyik diclaim dan kalau setakat acah2 ada affair takdenyalah begitu.
Quote Pak.dolla 3-5-2024 08:54 AM
Nur_happy replied at 3-5-2024 12:48 AM
I watch the whole podcast… mmg pandai berlakon kesian.. org buta je x nmpk… patut lah rmi perempua ...

.
.
.
itu la psl ramai pompuan tergoda tu...

rambut pun hensem lepas tanam rambut baru kan?

fasih ckp bahasa omputih....

ada acik opis aku kawin kali kedua....dia cari lelaki pandai cakap omputih....dia x suka lelaki yg x pandai ckp omputih....memalukan katanya....
lelaki pandai ckp omputih seksi kata acik kepam opis aku tu....
Quote rumahbiru 3-5-2024 09:03 AM
soooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo??????????????????????????????????????????????
Quote jiwakacau06 3-5-2024 09:17 AM
sila ceraikan bella...
Quote Pujangga22 3-5-2024 09:22 AM
dia curang boleyyy
Quote xtravaganza 3-5-2024 09:25 AM
Dasar lelaki play victim ajet hensem dgn sluar ketat senteng yucksssss..berambus la ko gn sarah tu. Semakkkkkkk
Quote JiEunTak 3-5-2024 09:26 AM
kenapa lah hampa 'bagi muka' kat manusia taguna ni utk meluah perasaan bagai...
dalam padan kesal menyesai menangis mcm sial punnnnnnn masihh nak buka ceritaaa skandal isteri.....pastu leh plak mention, mother of my kids.... bila tau isteri ada skandal pun call mak bapa................................................................dia ni sepatutnya stay single jaa sampai mampos. Xyah nak kawen2 beranak pinak bagai.
Quote annabellaruz2 3-5-2024 09:27 AM
sudah2 la menegakkan benang basah alip oiii.
cerai jer klu rasa dijiwa tu masih tak puas nak pompuan sana sini kiri kanan.
jangan seksa jiwa bini plak.
Klu ko masih nak mencari BAHAGIA di luar, ko ceraikan bella.
Biar Bella cari bahagia dia juga.
Jangan la selfish sangat.
Setan sangat perangai tu!
Quote sismarkonah 3-5-2024 09:27 AM
Kak Konah tak bekap Bella tu tapi rasanya situasi ni jadi Bella kenal si Muaz dan masing-masing terlajak sayang, memang makan diri. Mungkin awal2 saja try test cuba, what a feeling kenal lelaki lain selain husband sendiri tetapi benda tu pulak jadi smooth terus berkembang, cetan2 suka la benda gini

sekali Alip tahu, terus beliau cop kifarah dan iktibar, choiiii kemain manis mulut

tetapi kat sini je dah nampak sisi Alip yang fragile, tak firm, ada masalah terus cari mak bapak sebab tak tahu buat apa, lembik sangat laki ko ni Bella. Dalam kain luar kain habis semua selak

Bella pulak sedar dia salah, tarik brake mungkin sebab kantoi, kalau tak kantoi tarik tak brake? mungkin ya mungkin tidak wallahualam

Pape pun cukup2lah, mungkin bawa diri masing2 lebih baik dari aib sana sini kena londeh

gitueww tazkirah jemahat kak konah
Quote SalenaGomez 3-5-2024 09:28 AM
Nur_happy replied at 3-5-2024 08:48 AM
I watch the whole podcast… mmg pandai berlakon kesian.. org buta je x nmpk… patut lah rmi perempua ...


Dah tgk juga walaupon byk skip … kesimpulan nya the whole podcast is sampah

Senang nya mamat ni nak settle masalah ya - just mengaku salah, say bertanggungjawab atas yg berlaku, pastu mention “kalaulah kalaulah”
Quote anilanil 3-5-2024 09:30 AM
Yer si bella curang, wife terpaling jahat, selayaknya diaibkan & digantung tak bertali.
Alif suami terpaling tersakiti. Terpaling self destruct, terpaling mental breakdown, terpaling teraniaya. Kes curang yg 11 tu setakat stok geli-geli & semua berpunca dari bella.
NRF is actually his saviour. Terpaling understanding, terpaling angelic, terpaling bagi moral & financial support.
"Awak nampak bijak dalam podcast tu. Mama tanya nak makan apa? Nanti mama masakkan untuk awak. Ini ujian utk kita. Allah nak angkat darjat kita. Sabarlah. LUSM. MU"
Quote tulip-rain 3-5-2024 09:30 AM
Semaklah ceriter laki bini tak guna ni. Menceceh menjaja kisah dlm kain sana sini. Ni turn laki karang turn bini pulak bercerita. Pergilah korang laki bini melingkup mana2 nak cerai ke nak ape ke.
Manusia2 toksik.
Quote zehra2 3-5-2024 09:32 AM
OMG boleh ckp psl kifarah???
ko yg berkali2 curang tu tk dpt hidayah ke


siyal
Quote marchikobonzo 3-5-2024 09:33 AM
So? Nak tangguh apa lagi?
Quote sukacactus 3-5-2024 09:34 AM
Bagus la kalo bella betul tawar hati
Jgn kata nak bersatu blk demi ank2 pulak
They don’t deserve to be in a toxic situation.
Quote pocongkiutss 3-5-2024 09:36 AM
SO..DIA MMG BINI HANGSUANG

KO CERAIKAN LA DIA !!!!

ko punya fans pun sama bangang..talak sah2 kat tgn alipnajis ni
Quote codenamedream 3-5-2024 09:39 AM
Anak mak sungguh.
Terus update mak
Quote Shayang 3-5-2024 09:40 AM
JiEunTak replied at 3-5-2024 09:26 AM
kenapa lah hampa 'bagi muka' kat manusia taguna ni utk meluah perasaan bagai...
dalam padan kesal me ...

Kan.. yg tak nampak je akan kata alololo sian alip

Haa mana yg kata risau alip jd mental tidur tepi jalan la terjun bangunan bagai
Elok je dia join podcast siap buka aib bini lagi
Tiber nk ckp bini tawar hati bagai
Hello alip bini ko kata masa tu dia geram ngn ko yg tgh cureng dgn 2 wanita
Jgn lupa dia ada receipt yaaaaaa
Ko tanak plak buka cite pasal kecurangan ko dgn berbelas pompuan tu?
Bini mana tak tawar hati weh, lama2 dia dh penat laa
Pelik tul bini bersabar ngn dia bertahun2, setakat ko bg bunga cekelat tp masih gak duk menyundal ngn sarah ngn ruru tu takkan dia nak senyum gembira plak.
Lupa ke bini ada buh recorder dlm keta tu? Semua pompuan2 yg ko bawak naik keta tu dia leh tau laaa.

Lihat semua komen(210)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.060297 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top