CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aliff Aziz Dedah Bella Astillah Curang Semasa GV Berlangsung, Nabil Respon – ‘Saya Lihat Mereka Sebagai Loving Couple’

6-5-2024 03:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 74912| Komen: 20

Description: Sebelum ini, pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz mendedahkan isterinya, Bella Astillah berlaku curang dan menjalin hubungan sulit dengan aktor Muaz Zabir sewaktu dia sedang bertanding dalam program All S ...


Sebelum ini, pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz mendedahkan isterinya, Bella Astillah berlaku curang dan menjalin hubungan sulit dengan aktor Muaz Zabir sewaktu dia sedang bertanding dalam program All Stars Gegar Vaganza (ASGV), tahun lalu.

Bagaimanapun, hos rancangan tersebut iaitu Nabil Ahmad berkata dia tidak nampak sebarang tanda-tanda pasangan itu sedang berdepan dengan masalah rumah tangga.

Malah, Nabil memberitahu sering melihat Aliff dan Bella bersama dan kelihatan sebagai pasangan bahagia.

"Semasa di GV saya tidak lihat apa-apa pun perubahan pada Aliff. Saya lihat mereka (Aliff dan Bella) sebagai loving couple. Itu berdasarkan mata kasar saya."

"Bella sentiasa teman Aliff sepanjang di GV. Malah sebelum dan selepas buat persembahan Aliff sentiasa ada dengan Bella. Mereka selalu duduk sama-sama."

Nabil berkata demikian ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka FYP Raya Era yang berlangsung di Restoran Rebung 2 Chef Ismail, Putrajaya, pada Jumaat.


Dalam pada itu, Nabil menyifatkan dugaan yang melanda rumah tangga Aliff dan Bella sebagai ujian buat mereka.

Katanya juga, orang ramai hendaklah mendoakan yang terbaik agar pasangan itu menemui titik perdamaian.

"Saya percaya setiap orang akan ada ujian hidup masing-masing. Tetapi apabila berlaku perkara begini, saya sebagai sahabat percaya ujian yang diberikan ini tanda Allah sayang dia."

"Keluarga Bella dan Aliff ketika ini sedang diuji. Tugas kita orang lain mendoakan untuk mereka."

"Saya sebagai orang yang sudah berkeluarga terfikir bagaimana jika ujian sebegitu datang pada saya. Semua orang ada kisah silam, manusia tidak lari dari berbuat khilaf."

Sebelum ini, menerusi temu bual bersama The Common Folks, Aliff berkata dia mengetahui mengenai hubungan Bella dan Muaz pada 13 November 2023 iaitu selepas membaca perbualan mesej mereka di telefon bimbit isterinya.

Kata pelantun lagu Sayang-Sayang itu, beberapa bulan sebelum itu, rumah tangganya masih dalam keadaan baik meskipun Bella sudah menunjukkan perubahan.



Aliff juga tampil memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat dalam kontroversi membabitkan namanya.

Sekadar info, pada 13 Mac lalu, Bella mengambil keputusan memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Keputusan itu dibuat susulan Aliff dan pelakon Ruhainies dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.

Aliff bagaimanapun enggan menceraikan Bella pada sebutan kedua kes tersebut pada 4 April lalu dengan alasan masih sayang dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka.

Tidak berhenti di situ, isu di antara mereka semakin rumit apabila muncul seorang wanita bernama Sarah Yasmine yang mendakwa dia kekasih Aliff sejak Januari lalu.

Sarah turut mendedahkan pelbagai tangkap skrin layar perbualan WhatsApp dipercayai di antara Aliff dan Ruhainies dalam usaha ingin menjatuhkan Bella.

Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jalfa 6-5-2024 03:28 PM
Hajbil jadj tukang cuci taik ke apa....hahah
Quote nolya 6-5-2024 03:51 PM
AA tuduh lain, Nabil cerita lain. Mana satu keadaan yg sebenarnya. Nabil cerita baik berdasarkan kpd apa yg terlihat dn terpapar di hdpn umum. AA tuduh sekadar nak tegakkan benang basah. AA tak patut beriye2 nak kaitkan orang lain demi menutup aib dia sendiri. Ko maki, ko hina, ko curang n buka juga aib isteri sendiri, Yet now, merayu minta berbaik semula dgn Bella, kononnya hanya Bella yg boleh jadikan ko insan sempurna. Jenis apanya manusia ko ni AA. Dasar dedalu betul.
Quote sharlenetexas 6-5-2024 03:52 PM
Sib baik nabil tak respon pasal irma.


Quote nordin84 6-5-2024 04:39 PM
motip tye babil pasal ni?adoi...xkan dia nak ckp berantakan bergaduh blkg stage lps nmpk peah..reputs punnnn.soalan x msk akal
Quote rayna_raynes 6-5-2024 04:53 PM
Terpaling retak ke konsepnya haha
Quote LaskarHijayu 6-5-2024 05:01 PM
sharlenetexas replied at 6-5-2024 03:52 PM
Sib baik nabil tak respon pasal irma.

Hahahaha kena jeling ngan bini dia jap g...
Quote sleepandream 6-5-2024 05:02 PM
dunia tipu2 gini ler...
sama jah org yg berhutang keliling pinggang tapi dok tunjuk pg travel oversea sana sini...
pakai kete mewah ropernyer kete sewa/sekenhand...
pakai emas sampai ke lengan ropernyer emas zhulian/korea...
aaagitewww
Quote DeLuna85 6-5-2024 05:03 PM
Wartawan akan tanya semua org keliling. Nabil pun jawablah berdasarkan apa yang dia nampak dari luaran. Bukan masa gv ni juga ka dia try adik ipar dia?
Quote GreySuede 6-5-2024 05:04 PM
Ala... kata pelakon terhandal..mestilah kena bermuka2 ye Dak?
Quote Hoola 6-5-2024 05:07 PM
sharlenetexas replied at 6-5-2024 03:52 PM
Sib baik nabil tak respon pasal irma.


kan

byk plak bunyik pngcara nih
dok tiam2 sudahhh ksh rtngga org
let em setle..ntijm pun dh jemu nvrending

nnti cita lama ko yg bole tahan tu org reveal
Quote Posh_Madelyn 6-5-2024 05:11 PM
Bukan setakat loving couple, siap si Kemik ni PDA kat depan2 orang, Yayang nk pegi mana tu?? Nk peyuk...ayang nk cium. Siap duduk berpeluk2 cam belangkas..
Quote HoneyManjer 6-5-2024 05:12 PM
duk dendiam jer la takpayah kalut hal rumahtangga urang
Quote anilanil 6-5-2024 05:13 PM
Buat kantoi la. Org tu dah prepared skrip dgn NRF. Ni nak guna bullet apa lagi ni? Semak arr hajbil. Dah la podcast plan hancur lebur.
Quote ninajaybee 6-5-2024 05:25 PM
Edited by ninajaybee at 6-5-2024 05:30 PM

video yg putik bersiap sebelum nyanyi lagu daud kilau kalau korang perasan ada moments yg kemek tak aware dia in the frame, air muka dia lain.

"Bella sentiasa teman Aliff sepanjang di GV." Nabil ni menipu je. Bukan tiap minggu Kemek ada. Mula2 tu Kemek takde sbb busy.
Quote BoongaKertas 7-5-2024 02:16 PM
anilanil replied at 6-5-2024 09:13 AM
Buat kantoi la. Org tu dah prepared skrip dgn NRF. Ni nak guna bullet apa lagi ni? Semak arr hajbil. ...

x mendapat sambutan ke mksdnya chuols podcast tu?
Quote MadameOnion 7-5-2024 02:35 PM
nabil jangan masuk campor rumah tangga orang..kang kalau orang spill cerita pasai hang...baru tauuu
Quote IzzahF 7-5-2024 02:40 PM
dah kenapa semua org nk kena ulas hal rumah tgga 2 ekor ni?
Quote cantthinkofany 7-5-2024 03:19 PM
kalau dia tak jawab apa2 boleh jugak kan?.....syaitonnirrojim and friends tengah all out ni...sebulan cuti...banyak kerja dia nak kena cover balik....
Quote epullipan 8-5-2024 09:50 AM
sibuk je ko bil nak jadi jurucakap..dok diam diam suda le

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.051457 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top