CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nenek kecewa Syasya keluar Dolla ketika nama dikemuncak, Dedah cucu akan sambung belajar ke luar negara bersama suami

6-5-2024 07:19 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15251| Komen: 101

Description: Pelakon yang yang merupakan nenek kepada bekas ahli kumpulan Dolla, Syasya Rizal iaitu Rozie Othman mengakui dirinya berasa sedikit kecewa dengan keputusan cucunya itu yang keluar daripada kumpulan po ...

Pelakon yang yang merupakan nenek kepada bekas ahli kumpulan Dolla, Syasya Rizal iaitu Rozie Othman mengakui dirinya berasa sedikit kecewa dengan keputusan cucunya itu yang keluar daripada kumpulan popular tersebut pada 8 April lalu.

Bagaimanapun, menerusi temu bual bersama Melodi, pemilik nama Rasnah Othman berkata dia tetap berlapang dada dan mendoakan yang terbaik buat cucunya yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan.

Rozie juga berharap cucunya itu akan melakukan kemunculan semula dalam industri hiburan memandangkan namanya sedang meningkat naik ketika ini.


"Syasya, Mommy (Rozie) ucapkan tahniah dan selamat pengantin baharu walaupun Mommy ada rasa kecewa sebab nama awak tengah naik."

"Kemudian awak ambil keputusan untuk berkahwin. Tapi tak mengapa, Mommy dan keluarga terpaksa berlapang dada dengan apa-apa keputusan."

"Manalah tahu, satu hari nanti awak nak buat ‘comeback’, Mommy doakan awak."

Dalam pada itu, pelakon yang popular menerusi drama ‘Abang Muda’ memaklumkan bahawa Syasya dan suaminya bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara tidak lama lagi.

Menurut Rozie, keputusan untuk berkahwin serta sambung belajar menjadi faktor cucunya itu keluar daripada kumpulan Dolla.

"Saya mewakili Syasya nak bagitahu bahawa dia nak kahwin sebab suami dia nak sambung belajar."

"Pada awalnya dia memang tak nak keluar daripada Dolla tapi dah disebabkan perjanjian bila kahwin kena keluar daripada kumpulan, jadi dia kena keluar."

"Suami dia pun nak pergi sambung belajar dan mak (Syasya) pun kata dia boleh sambung belajar sekali."

"Insya-Allah selepas Raya Haji mereka berdua akan ke luar negara untuk sambung belajar."


Terdahulu, Syasya dengan secara rasminya mengumumkan pengunduran dirinya daripada kumpulan Dolla pada 8 April atas alasan peribadi.

Syasya kemudiannya melangsungkan majlis pernikahan dengan jejak pilihannya dalam satu majlis tertutup pada 21 April lalu.


Sumber: YouTube Melodi TV3/OhBulan
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hanihan16 6-5-2024 07:24 PM
kalau kahwin kena keluar group tu perjanjian dgn company ke perjanjian dia dgn lakinya?
Quote dua_chzy 6-5-2024 07:29 PM
Hahaha

Ghopanya nenet sheol ok je sheol menyeksi nari2 tayang bodi selama ni.
Quote jihyomelly 6-5-2024 07:33 PM
patutnya syukur cucu sambung belajar lagi..dah kawin xyah risau dah memang dia ada laki nak jaga..suka ek cucu sexy nari2…
Quote azimodin 6-5-2024 07:40 PM
It's giving sempoa abacus vibe
Quote divalaura 6-5-2024 07:45 PM
takpa lah nek oiii..
dia ada pun tak membina dan tak menceriakan telinga kami
Quote anaktoyol 6-5-2024 08:05 PM
sepertinya cubaan menyembunyikan edisi kalkulator... seperti taktik senior dulu2
Quote Sesuatu… 6-5-2024 08:10 PM
Dulu DD pun smbg kejap kt Sydney, OZ lepas kawen
Quote bottombikini 6-5-2024 08:12 PM
ohhh sasa ni yg Lisa wannabe tu ke
elok lah kawen

yg anak nama baizura belakon dunia baru tu anak nenet ni juga ke
Quote syamzana 6-5-2024 08:20 PM
bottombikini replied at 6-5-2024 08:12 PM
ohhh sasa ni yg Lisa wannabe tu ke
elok lah kawen


baizura kahar ke chuols? penyanyi ost dunia baru tu kan (cinta antara kita).
rasanya takde kaitan kot dgn dia ni.

ingat lagi baizura mng pelakon terbaik (anugerah skrin ke apa entah) habis terpelanting akak ratu, pontianak sundal malam, vanidah pun.

** bagus la cucu tu kawen p smbg bljr (???) dari tertonggek2 menggedik atas stage
Quote Farnor 6-5-2024 08:24 PM
Oklah sambung belajar and then ada masa depan pun cerah dpt kerja profesional kat oversea..untunglah . org lain pun d luar sna ramai jer ada mcm syasya ni sambung belajar kat luar negara..
Quote bottombikini 6-5-2024 08:27 PM
syamzana replied at 6-5-2024 08:20 PM
baizura kahar ke chuols? penyanyi ost dunia baru tu kan (cinta antara kita).
rasanya takde kaitan  ...

ohhh iols terkompius
baizura tu anak retis gak tapi iols lupa omak eh yg mana satu

Quote jalfa 6-5-2024 08:40 PM
Dua dua herlok..eloklah dua dua sambung belajar nama dah ada..abis belajar boleh buat comeback..yg penting pelajaran ada..kalau x leh menyinar dlm industri boleh sauk kerja hakiki..umur pun muda lagi...
Quote azwanaliori 6-5-2024 08:42 PM
Apa mommy lak patut tokwan hahaha
Quote Tiggybiru 6-5-2024 08:44 PM
Nenek..spttnya kita diam2 je
Jngn dijolok sarang tebuan
Jangan gali lubang sendiri

Krik3
Quote adelea 6-5-2024 09:04 PM
Apa jenis nenek laa dia ni …
Cucu tu buat benda baik , kawen, smbg belajar …
Instead of kinja kinja …

Tak perlu kot ckp kecewa …
Ckp laaa saya sokong yg terbaik buat cucu

Apooo ….
Quote hasniey 6-5-2024 09:10 PM
Edited by hasniey at 6-5-2024 09:12 PM

Aik nenek pulak yg lebih2
Bagus la cucu tu nk kahwin.dr kehulu kehilir tp xnikah.lepastu siap nk sambung study lg.dah grad xyah la buat comeback dah.focus je kt husband.
Nenek pulak yg suh comeback ye.org tu dh brlaki la nek
Quote ctaz 6-5-2024 09:14 PM
nenek akhir zaman.....



kuheh...kuheh...kuheh
Quote cmf_premierleag 6-5-2024 09:26 PM
Biarlah nek oiii
Cucu ko keluar grup tu pun x jejaskan ekonomi negara pun
Quote beatgirlX 6-5-2024 09:27 PM
Suami dia keje apa weh?

Lihat semua komen(101)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 02:41 AM GMT+8 , Processed in 0.047954 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top