CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keadaan Faisal Halim kritikal, tangan kiri sukar bergerak

7-5-2024 02:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13248| Komen: 92

Description: KEADAAN pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim dilaporkan berada dalam keadaan kritikal susulan kesan asid yang disimbah kepadanya dalam kejadian di sebuah pusat beli belah di Petaling Jaya.


KEADAAN pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim dilaporkan berada dalam keadaan kritikal susulan kesan asid yang disimbah kepadanya dalam kejadian di sebuah pusat beli belah di Petaling Jaya.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, Faisal ketika ini sedang dipantau rapi dan akan menjalani beberapa pembedahan lagi.

"Sedih saya melihat keadaannya ketika ini, kerana dia ada beritahu bahawa terasa sakit seperti terbakar di dalam kulit dan mengerang kesakitan," katanya.

Sebelum ini, Faisal telah disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali dan dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Petaling Jaya pada Ahad sebelum dipindahkan ke hospital di Shah Alam.

Pada awalnya tahap kelecurannya berada pada tahap dua, namun tindak balas asid yang kuat menyebabkan tahap kelecuran pada badan pemain itu meningkat berada pada tahap empat selepas pembedahan pertama.

Sumber - Sinar Harian


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ainashiqa 7-5-2024 03:26 PM
Allahuakbar. Kesiannya beliau. Semoga urusan dipermudahkan oleh Allah
Quote BoongaKertas 7-5-2024 04:01 PM
giler kes jenayah skrg eh. main asid plak.
Quote manehnya 7-5-2024 04:11 PM
Edited by manehnya at 9-5-2024 03:23 PM

kesiannya..
Quote noor2 7-5-2024 04:18 PM
Bukan dia antara pemain terbaik ke...siapa la yg dengki ni..
Quote osheenz 7-5-2024 04:26 PM
ada org tumpahkan teh kat IG muhammadimransuresh

sila serbu
Quote monreyes 7-5-2024 04:30 PM
mmg rosak semua saraf kat tempat yg kena tu...
Quote Skuau 7-5-2024 04:32 PM
osheenz replied at 7-5-2024 04:26 PM
ada org tumpahkan teh kat IG muhammadimransuresh

sila serbu


perciternya??? habaqla kt sini...
Quote jazaa100 7-5-2024 04:40 PM
osheenz replied at 7-5-2024 04:26 PM
ada org tumpahkan teh kat IG muhammadimransuresh

sila serbu

Apa motif org yg buat tu....
Tak mgkin pasal bola
Quote lanacondor 7-5-2024 05:29 PM
Edited by lanacondor at 7-5-2024 06:17 PM

Bc kt TikTok katanya org suruhan kaitan dgn yistana.. kalau betul la ramai2 buat solat hajat semoga pelaku di beri balasan setimpal dan seadil2nya.. tiada kuasa yg maha berkuasa selain tuhan.. Semoga FH Dan AR cepat sembuh..
Quote haruslah 7-5-2024 05:35 PM
Dulu FH penah kata ramai pihak nak jatuhkan selangor
Lepas dr tu teruk dia kena troll...siap kena gantung lg
Quote haruslah 7-5-2024 05:36 PM
osheenz replied at 7-5-2024 04:26 PM
ada org tumpahkan teh kat IG muhammadimransuresh

sila serbu

Tak boleh serbu
Dah private ke guane?
Quote naina 7-5-2024 05:44 PM
Hari ni kan dengar berita rupanya teruk tahap kelecuran. Benda tu pelan2 makan dalam. Tengok gambar mula2 tu dia masih boleh duduk lagi.
Quote SalenaGomez 7-5-2024 05:54 PM
lanacondor replied at 7-5-2024 05:29 PM
Bc kt TikTok katanya org suruhan kaitan dgn yistana.. kalau betul la ramai2 buat solat hajat Semoga  ...

Sbb tu my colleague bila time solat jumaat tang doa utk raja dia xmo tadah n amennkan doa. Dia mmg sejenis menyampah dgn gang ni
Quote SalenaGomez 7-5-2024 05:54 PM
haruslah replied at 7-5-2024 05:36 PM
Tak boleh serbu
Dah private ke guane?

Baca story je. Masih ada lagi tu
Quote lanacondor 7-5-2024 06:21 PM
SalenaGomez replied at 7-5-2024 05:54 PM
Sbb tu my colleague bila time solat jumaat tang doa utk raja dia xmo tadah n amennkan doa. Dia mmg ...

Xadil betul kalau heols mmg punca. Kamon bersaing secara sihat la. Negara kita bkn xde org berkualiti. Tapi sb byk sgt hidden hand's gini la jadi punca.
Quote manehnya 7-5-2024 06:55 PM
osheenz: ada org tumpahkan teh kat IG m ...


TLG bgtau bleh x, sub IG tu pun dh x da
Quote noor2 7-5-2024 07:03 PM
lanacondor replied at 7-5-2024 05:29 PM
Bc kt TikTok katanya org suruhan kaitan dgn yistana.. kalau betul la ramai2 buat solat hajat semoga  ...

Siapa kah?????
Quote fattymah 7-5-2024 07:04 PM
Wow.. teh panazzz.. semoga tak kena simen.. huhuhu
Quote zuriey 7-5-2024 07:32 PM
Boboy punya kerja ke

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.060127 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top