CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NaylaArisha

[Games] BINA AYAT BERDASARKAN KEYWORD. New Keyword PG4

[Copy link]
Post time 20-5-2022 12:21 PM | Show all posts
1) berani mati
Serangan berani mati ialah sejenis serangan yang mana penyerang dijangka atau berniat untuk mengorbankan nyawanya dalam tindakannya.

2) diam - diam ubi
Lisa diam-diam ubi, nampak pendiam tetapi keputusan peperiksaannya sangat cemerlang.

3) makan suap
Pegawai polis itu ditangkap oleh Badan Pencegah Rasuah kerana makan suap daripada seorang   pesalah lalu-lintas.

4) lapang dada
Puan Rashidah berasa lapang dada setelah selesai menguruskan kemasukan anak sulungnya ke universiti.

5) putih hati
Semenjak kecil Arief telah dididik dengan sikap putih hati.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2022 12:38 PM | Show all posts
Edited by sfhzuraz at 20-5-2022 03:20 PM

1) berani mati
Kumpulan berhaluan kiri itu memang berani mati hingga sanggup melakukan pengeboman di tempat awam.

2) diam - diam ubi
Yana diam-diam ubi, walaupun nampak pendiam tetapi keputusan peperiksaannya sentiasa cemerlang dalam kelas.

3) makan suap
Semoga pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kepada kakitangan kerajaan yang suka makan suap.

4) lapang dada
Puan Zara berasa lapang dada setelah selesai urusan majlis perkahwinan anak sulungnya.

5) putih hati
Sejak kecil Amin sudah dididik dengan sikap putih hati pada orang lain.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2022 02:59 PM | Show all posts
1) berani mati
Askar yang menjadi komando berani mati untuk menjaga keamanan negara kita.

2) diam - diam ubi
Anak Pak Samad rupa rupanya diam diam ubi kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara.

3) makan suap
Mika ditangkap kerana didapati cuba makan suap.

4) lapang dada
Kita hendaklah berlapang dada bila menghadapi banyak dugaan.

5) putih hati
Hidupnya sentiasa tenang dan aman kerana dia seorang yang putih hatinya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2022 07:56 AM | Show all posts


1) Berani mati sungguh pemandu itu.

2) Diam - diam ubi sahaja engkau menjayakan projek itu.

3) Makan suap menjadi makanan beliau untuk hidup mewah.

4) Berlapang dada sahaja dan fikir yang positif juga.

5) Putih hati jadinya beliau hadapi semuanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2022 01:02 PM | Show all posts
holaaa....

keyword hari ni

1) beralih angin

2) campur tangan

3) darah daging

4) darah seni

5) hutang budi

**1 keyword 1 ayat
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2022 04:29 PM | Show all posts
Setelah beralih angin ke Sarawak, penyakitnya beransur pulih

Campur tangan orang ketiga di dalam perhubungan boleh menyebabkan masalah yang lebih besar

Tidak semua ibu mengasihi darah daging sendiri

Darah seni Dato' Ahmad Daud & Datin Saadiah mengalir di dalam tubuh Fauziah binti Ahmad Daud

Hutang budi di bawa mati

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2022 09:28 PM | Show all posts
1) beralih angin
Zamri mengambil keputusan untuk beralih angin ke negeri di utara untuk kembangkan perniagaannya.

2) campur tangan
Syria antara negara yang hancur akibat campur tangan negara asing.

3) darah daging
Walaupun Muiz adalah darah daging Pak Mansor, beliau tetap melaporkan kegiatan tidak bermoral Muiz kepada pihak berkuasa.

4) darah seni
Darah seni yang diwarisi Faizal sudah diketahui penerbit drama sejak lima tahun lalu.

5) hutang budi
Zaki sedih tidak dapat membalas hutang budi pada keluarga Pak Mail yang menjaganya sejak remaja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2022 10:20 PM | Show all posts
1) Beralih angin keluarga itu ke Kanada.

2) Campur tangan Ahmad memburukkan keadaan.

3) Darah daging dia sendiri yang membuat onar.

4) Darah seni beliau turun ke cucu pulak.

5) Hutang budi dibawa mati.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2022 08:43 AM | Show all posts
1) Mazni bersama keluarga beralih angin ke luar negara setelah mengikut suaminya bertugas di sana.

2) Penghulu kampung terpaksa campur tangan untuk meleraikan pergaduhan antara Usop dan Daus gara-gara salah faham sesama mereka.

3) Walaupun Dilla hanyalah anak angkat, tetap Mak Temah dan Pak Sudin anggapnya seperti darah daging sendiri.

4) Darah seni yang ada pada Encik Taufik menurun kepada anak gadisnya Tia yang sangat berbakat dalam bidang kesenian.

5) Johar mahu membalas hutang budi kepada rakan karibnya Sahar yang banyak membantunya sewaktu dia dalam kesusahan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2022 12:28 PM | Show all posts
holaaa...

keyword hari ni

1) Banyak mulut

2) Berat sebelah

3) Besar kepala

4) Celik huruf

5) Gadai nyawa

** 1 keyword 1 ayat
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 02:28 PM | Show all posts
1) Banyak mulut
Aisyah senang mendapat kawan kerana dia seorang yang banyak mulut.

2) Berat sebelah
Sikap majikan yang berat sebelah boleh menyebabkan pekerja lain tidak puashati.

3) Besar kepala
Hamidah menjadi besar kepala sejak naik pangkat.

4) Celik huruf
Budak perempuan yang celik huruf itu baru berusia tiga tahun.

5) Gadai nyawa
Pakcik Salim bergadai nyawa menyelamatkan cucunya dalam kebakaran itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 02:34 PM | Show all posts
1) Tidak mampu melayan perbualan Aini yang Banyak mulut itu.

2) Keputusan pengadil yang Berat sebelah mengundang kemarahan penonton di perlawanan bola sepak itu.

3) Apabila tiada yang menegur perbuatan buruknya makin Besar kepala kelakuan budak itu.

4) Amin semakin Celik huruf apabila rajin membaca buku.

5) Dia sanggup Gadai nyawa demi menyelamatkan isteri dan anaknya dari tragedi kebakaran.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 08:50 PM | Show all posts
Anak Fauzan banyak mulut macam bertih jagung

Keputusan bola sepak antara daerah dilihat berat sebelah

Sejak mendapat harta pusaka Syafikah menjadi semakin besar kepala

Zaman millennium zaman celik huruf

Pak Mat sanggup mengadai nyawa demi menyelamatkan nyawa anaknya yang lemas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2022 08:50 AM | Show all posts
holaaa....

keyword hari ni

1) Gelap mata

2) Jalan buntu

3) Kepala angin

4) Lupa daratan

5) Pasang telinga

** 1 keyword 1 ayat
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 11:11 AM | Show all posts
1) Dia mula Gelap mata apabila melihat harta karun yang menimbun di hadapannya.

2) Jali menemui Jalan buntu apabila masalah yang dihadapinya masih tiada jalan penyelesaian.

3) Kepala angin Pak Mad semakin menjadi-jadi.

4) Daud semakin Lupa daratan setelah berjaya.

5) Juju suka Pasang telinga saat orang tuanya berkumpul dan bercerita.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 12:03 PM | Show all posts
1) Gelap mata
Akibat Gelap Mata, dia telah ditangkap keranan menyeleweng duit syarikat.

2) Jalan buntu
Bila seseorang menemui Jalan buntu, dia sanggup melakukan apa saja untuk terus hidup.

3) Kepala angin
Kadang kala Kepala angin saya akan datang bila ada yang suka cari pasal.

4) Lupa daratan
Janganlah kita Lupa Daratan bila sudah berjaya dan menjadi kaya raya.

5) Pasang telinga
Mak Leha suka Pasang telinga kerana mencari bahan untuk bergossip.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2022 12:28 PM | Show all posts
1) Gelap mata
Kamal tidak pernah gelap mata walaupun jawatannya sebagai bendahari banyak menyimpan wang  persatuan.

2) Jalan buntu
Raju menemui jalan buntu untuk selamatkan kedainya dari muflis.

3) Kepala angin
Ayah adalah seorang yang bersikap kepala angin.

4) Lupa daratan
Ibu sering menasihati kami agar tidak lupa daratan setelah berjaya nanti.

5) Pasang telinga
Suhaila sering pasang telinga ketika kakaknya berbual di telefon.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 07:21 PM | Show all posts
Maznah gelap mata selepas kematian suami dan membolot semua harta peninggalan suami untuk anak-anaknya

Jalan buntu boleh membuatkan seseorang hilang pertimbangan hidup

Sikap kepala angin Amir semakin menjadi-jadi selepas berkahwin

Selepas berkahwin dengan orang kaya Senah mula lupa daratan

Tan suka pasang telinga mendengar perbualan teman-teman lain kerana tiada sesiapa mahu berbual dengannya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2022 09:14 AM | Show all posts
holaaaa....

keyword hari ni

1) Pekak badak

2) Puteri lilin

3) Telinga lintah

4) Telinga nipis

5) Putih hati

** 1 keyword 1 ayat
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 09:18 AM | Show all posts
1) Pekak badak betul beliau.

2) Puteri lilin sungguh Aliya tu.

3) Telinga lintah sangat Faris kali ini.

4) Telinga nipis saya mendengar bebelan beliau.

5) Putih hati sungguh budak kecil itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.136035 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list