CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5764|Reply: 11

tulip masih merah di istanbul

 Close [Copy link]
Post time 13-4-2005 01:47 PM | Show all posts |Read mode
KUNTUM-kuntum bunga tulip, daffodils, pansy dan hyacinths riuk melintuk dimainkan wayu yang berolak dari selatan. Dingin. Dingin. Dingin. Suhu atmosfera terasa nyaman mencuri-curi masuk hingga ke lehernya yang dililiti skaf perang. Iklim Balkan itu didinginkan oleh laut Marmosa dan Selat Bosphorus yang mengelilingi kota yang pernah menjadi alegori keagungan Constantine itu.
Fadzil yang baru turun dari tramnya di stesen Sultanahmet menarik nafas dalam-dalam. Arah pandang dilontarkan merata, meratah keindahan kota Islam Eropah yang tepu dengan seni bina estetik silam itu. Dia lega sebenarnya kerana tidak tersesat arah lagi. Mujurlah di dalam tram tadi sempat bertanya arah kepada seorang gadis Turki bertudung ungu wajah mirip-mirip Gabriela Spanic. Dia tersengih sendirian. Dua hari lepas dia telah terlepas untuk meredah Grand Bazaar kerana turun awal dari tram, entah kenapa dia begitu teruja ketika itu. Di hadapannya kini tertegak masjid Firuz A_a. Fadzil mengeluarkan pen dari celana James Dean hitamnya lalu mencatat sesuatu dalam buka nota mini yang sedikit rabak. Setiap jejak kembaranya di bumi dua benua ini perlu dirakamkan dengan pena sebagai sumber inspirasinya.
Dia sendiri tidak tahu kuasa magis apa menuntunnya ke kota Istanbul yang lahir natijah akulturasi budaya Roman-Greek-Islam ini. Abad-abad sebelum masihi menyaksikan kota ini telah diasaskan oleh peneroka Greek dari Athen dan Megara yang dipelopori oleh Byzas. Kota ini bernafas dari satu empayar ke satu empayar kuno sehingga menjadi salah sebuah ibu kota kristian Rom yang terpenting di sebelah timur dengan nama Byzantium dan Constantinople. Namun kota itu akhirnya mengukir sejarah sebagai ibukota masyhur empayar Turki Uthmaniah setelah dibuka oleh pemimpin dan panglima ulung Islam, Sultan Muhammad II pada tahun 1453.
Fadzil memandang kagum.
Kamera Fujifilm Finepix S7000 berwarna hitam dengan 6 megapixels itu dikeluarkan dari sarung lalu disangkut pada bahunya. Dia mahu menimbang-nimbang sudut yang menarik untuk dia merakamkan panorama Aya Sofia dan Masjid Biru itu nanti. Fadzil menyeluruhi peta kota Istanbul yang dibelinya pagi tadi di hotel. Dia tidak mahu tersesat seperti semalam. Malu betul pabila Haizul gelakkan dia.
Sebetulnya dia datang ke Turki bersama Haizul tapi masing-masing berpecah. Dia ke Sultanahmet sementara Haizul menyeberangi Golden Horn ke Beyo_lu. Sengaja dia memilih untuk menyendiri, lebih mudah bergerak dan menghadam keindahan Istanbul dalam bait-bait puisinya nanti. Haizul seorang kolumnis, datang ke Turki atas tajaan syarikat majalahnya. Fadzil yang mahu mengikut terpaksa mengeluarkan belanja dari simpanannya sendiri. Entah kenapa dia sanggup semata-mata ingin menghayati keunikan kota empayar Islam terakhir ini. Entah apa yang ada pada kota ini, dia sendiri keliru.
Fadzil menelusuri jalan Divonyolu Caddesi. Dari jauh dia nampak muzium Aya Sophia tersergam gagah. Dia merakam sekeping gambar sebelum menghampiri bangunan berusia 1400 tahun itu. Ramai pengunjung Arab dan Eropah berkelintar di sekitar bahagian Aya Sophia. Beberapa orang wanita berpurdah hitam sedang mengerumuni sebuah gerai di taman bertentangan dengan bangunan tersebut. Mata Fadzil terpandang seorang gadis bertubuh kecil yang ralit mengambil foto. Dia tertarik memerhatikan keletah gadis muda yang berseorangan itu. Ralit. Oh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-4-2005 12:16 PM | Show all posts
揝aya mengagumi Merve Kavak鏸 sebetulnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2005 12:19 PM | Show all posts
揗aaf 卪aaf. Saya Aleeya匢lham Aleeya. Siswi di Universiti Istanbul, belajar untuk mengenal diri dari alam anugerah tuhan. Juga wartawan sampingan, menulis di merata-rata termasuk akhbar Milliyet, H黵riyet dan Zaman. Mencari suara haq di sebalik kebobrokan rupa politik Turki yang tempang dan nyata sekali tercemar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2005 12:25 PM | Show all posts
Senyum milik bidadari. Indah. Indah sungguh. Senyum milik Gabriela Spanic. Fadzil turut tersengih.
揝egala-galanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2005 12:30 PM | Show all posts
Fadzil mendengar patah demi patah. Seorang pemidato lagaknya. Dia sebenarnya kagum pada penguasaan bahasa Inggeris Aleeya. Juga pada jiwa berontaknya menyuarakan suara dengan berani dan kritis. Kata Aleeya, dia antara peneraju utama gerakan mahasiswa di universitinya, pernah ditahan kerana mencetuskan demonstrasi dan membuat petisyen besar-besaran ke atas kerajaan, menuntut hak bertudung golongan wanita! Fadzil jadi selesa dengan gadis itu. Dia memandang wajah Aleeya. Aleeya sengaja tidak mahu bertembung pandang, memerhatikan seorang kanak-kanak berlari mengelilingi ibunya yang keletihan. Dia tersenyum lagi. Sentiasa.
Diam-diam di benak, Fadzil cuba menyingkap kembali perihal angkara Bapa Turki berbangsa Yahudi Dunnama itu. Dasar modenisasinya yang probarat dan anti Arab telah meyebabkan Al Quran, solat Jumaat dan Azan dilaksanakan dalam bahasa Turki. Bahasa Arab digantikan huruf roman. Bahkan mereka berjaya menanam semangat nasionalisme yang bangga dengan asal-usul mereka sebagai bangsa Hun dan Arya yang penah menewaskan Rom, sekaligus memutuskan hubungan diplomatik dengan negara-negara Islam. Arak, judi, zina kian mewabak. Pakaian barat dijadikan amalan. Majlis keagamaan dilabel sebagai kegiatan subversif. Kumpulan-kumpulan tarekat dan agama diharamkan dan ulama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2005 12:33 PM | Show all posts
揝ayangnya kamu terlepas menghayati keajaiban bunga-bunga tulip yang serbaneka di Emirgran Park pada bulan April yang lepas.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-4-2005 12:37 PM | Show all posts
揔ebetulan, saya juga perlu ke Lapangan Terbang Attat黵k, mengiringi teman!
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2005 07:14 PM | Show all posts
syahdu dgn keindahan istanbul yg diceritakan...terbayang2 jer. insyaAllah aku akan sampai ke sana...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2007 02:54 AM | Show all posts
rase macam pernah bace....
dekat mane plak ek...
aisey... x igt..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2007 01:37 PM | Show all posts
haah la..Mingguan Wanita ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2008 04:15 PM | Show all posts
sempurna je penulis gambarkan pasal turki

suka sangat
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2008 04:17 PM | Show all posts
sebelum ada gak blajar pasal turki ni, pasal kamal attaturk yang memberi dunia baru kepada turki dengan teori sekularnya...yang mengubah corak kehidupan islam..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.064532 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list