CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5921|Reply: 2

Brahim's terbuka untuk kerjasama baharu dengan MAB

[Copy link]
Post time 8-9-2023 03:37 PM | Show all posts |Read mode
Brahim's terbuka untuk kerjasama baharu dengan MAB



BRAHIM'S akan terus komited sebagai pembekal makanan sajian penerbangan dan perkhidmatan sedia ada kepada 35 syarikat penerbangan lain. FOTO Arkib NSTP


Sepang: Biarpun kontrak Brahim's Holdings Berhad (Brahim's) menerusi Brahim's Food Services Sdn Bhd (BFS) sebagai pembekal makanan sajian penerbangan dan perkhidmatan kepada syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines Berhad (MAB) sudah tamat baru-baru ini, namun Brahim's masih terbuka untuk kerjasama baharu, jika MAB mahu menggunakan semula khidmatnya.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Brahim's, Datuk Seri Ibrahim Ahmad berkata, kerjasama boleh dijalinkan semula dengan urus niaga yang adil.

"Kita mesti melihat dalam gambaran yang lebih luas. Saya berpandangan kita tak sanggup melihat apa yang berlaku kepada syarikat penerbangan negara sekarang.

"Apa yang kita dengar isu katering sedang dihadapi Malaysia Airlines sekarang turut menyebabkan ada penerbangan yang tertangguh. Ia amat menyedihkan dihadapi syarikat penerbangan negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat media di bangunan kemudahan BFS Brahim's di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Brahim's, Mohd Fadhli Abdul Rahman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif BFS dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Brahim's, Faizal Rosli Abdullah.

Sementara itu, Ibrahim menjelaskan beberapa pihak berminat untuk membeli saham BFS membabitkan 70 peratus kepentingannya.

"Ia sedang difikirkan (penjualan saham BFS). Semuanya membabitkan syarikat tempatan dan Malaysia Aviation Group Bhd (MAG) juga satu daripada syarikat itu.

MAG, syarikat induk MAB sebelum ini dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk mengambil alih sepenuhnya BFS. MAB kini memegang 30 peratus kepentingan dalam BFS, manakala Brahim's mengawal 70 peratus pegangan ekuiti.

"Ketika ini, kita ada perbincangan dengan beberapa pihak yang berminat, namun Brahim's masih menunggu penilaian daripada firma audit antarabangsa Deloitte bagi menentukan nilai semasa BFS.

"Jika harga yang ditawarkan bersesuaian, kita mungkin akan menjual kepentingan dalam BFS. Namun penjualan ini kami tumpukan kepada syarikat tempatan," katanya

Laporan berita sebelum ini turut melaporkan bahawa Deloitte Malaysia sudah menilai keseluruhan kepentingan BFS itu pada RM162.8 juta hingga RM184 juta. Pengiraan menunjukkan bahawa MAB akan membelanjakan RM114 juta hingga RM128.8 juta untuk 70 peratus kepentingan itu.

Brahim's mula terbabit dalam katering dalam penerbangan selepas kerajaan membenarkan pihaknya mengambil alih MAS Catering pada 2003, dengan antara syarat adalah mengekalkan kepentingan sebanyak 30 peratus kepada Malaysia Airlines.

Ini kerana Malaysia Airlines menganggap MAS Catering adalah antara aset strategiknya.

Apabila pengambilalihan berlaku, Brahim's memegang 70 peratus kepentingan dengan pertimbangan tunai RM175 juta dan kerugian terkumpul RM240 juta, manakala Malaysia Airlines (30 peratus) sehingga hari ini.

Sementara itu, Ibrahim berkata, Brahim's akan terus komited sebagai pembekal makanan sajian penerbangan dan perkhidmatan sedia ada kepada 35 syarikat penerbangan lain.

Enam daripada 10 syarikat penerbangan terbaik dunia yang dibekalkan makanan dan perkhidmatan oleh Brahim's ialah Qatar Airways (tempat teratas terbaik dunia), Emirates, ANA All Nippon Airways, Japan Airlines, Turkish Airlines dan Korean Air.

Ibrahim berkata, tidak semua pihak yang terbabit dalam sektor makanan dan minuman (F&B) mampu menjadi penyedia katering dalam penerbangan.

"Ini kerana penyediaan katering dalam penerbangan memerlukan kemahiran dan mematuhi setiap aspek keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan oleh pihak antarabangsa," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/bisnes ... a-baharu-dengan-mab

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2023 03:48 PM | Show all posts
bini dah ajak rujuk, ego tak nak... nk rosakkan diri sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 08:17 AM | Show all posts
Pak Ibrahim ini tampakny adalah ahli niaga luar biasa hebat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 160421 Replies : 3914
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19365 Replies : 75
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 25984 Replies : 195
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 4902 Replies : 4
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71427 Replies : 2929
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 4031 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102502 Replies : 2875
Want to tap into the exciting world of sports betting?
peterkester96Want to tap into the exciting world of s
Views : 4532 Replies : 1
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 13907 Replies : 97
Walaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok tetapi kajian tunjuk wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand.Acik forum bangga?
YgBenarWalaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok
Views : 8111 Replies : 54

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.049258 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list