CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9983|Reply: 1

Rezeki Azeem ke Olimpik tak sampai lagi

[Copy link]
Post time 11-5-2024 05:33 PM | Show all posts |Read mode

Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi terpaksa menunggu lagi dalam usahanya untuk layak ke Sukan Olimpik Paris 2024. FOTO INSTAGRAM/Azeem Fahmi

Ipoh: Masih belum ada rezeki lagi untuk pelari pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Fahmi layak secara merit ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024 bermula 26 Julai sehingga 11 Ogos depan.

Ia selepas pemegang rekod kebangsaan bagi acara 100 meter (m) dengan catatan 10.09 saat (s) itu menamatkan saringan kedua di Kejohanan Olahraga SEC 2024 di Gansville, Florida, Amerika Syarikat, awal pagi tadi dengan menduduki tempat keenam menerusi catatan 10.36s.

Catatan itu menyaksikan Azeem, yang mewakili Universiti Auburn, menduduki tempat ke-21 daripada 34 peserta sekali gus gagal melayakkan diri ke acara final.

Catatan 10.36s itu juga masih jauh daripada rekod peribadi terbaik Azeem musim ini iaitu 10.24s yang dilakukan di Kejohanan Olahraga LSU Invitational dekat Baton Rouge, Los Angeles pada 27 April lalu.


Pelari berusia 20 tahun itu akan meneruskan pemburuan tiket ke Olimpik Paris menerusi kejohanan NCAA Preliminaries di Lexington, Kentucky dari 22 hingga 25 Mei ini, Kejohanan NCAA di Eugene Orlando (5 hingga 8 Jun) sebelum kembali ke tanah air menyertai Kejohanan Terbuka Malaysia dari 14 hingga 16 Jun.

Bagi melayakkan diri secara merit ke Paris 2024, Azeem perlu mencatat masa sekurang-kurangnya 10s.

Sekiranya Azeem gagal melakukan catatan 10s, dia masih berpeluang ke ke Olimpik menerusi kedudukan ranking.

Azeem ketika ini berada di kedudukan ke-48 ranking kelayakan ke Paris 2024 dengan dia perlu berada dalam kelompok 56 terbaik sebaik tamat pusingan kelayakan hujung bulan depan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... pik-tak-sampai-lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2024 10:51 PM | Show all posts
Lee Zhi Chia and Chonng/Haikai won today's match and play quarter final on tmr. proud of malaysia. these are the videos. have fun and enjoy

https://youtu.be/7UZ_bHhhwZo
https://youtu.be/SIhlO5X5VbE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.046750 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list