CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1287|Reply: 1

TH diarah siasat bakal haji terkandas di Makkah

[Copy link]
Post time 12-5-2024 10:31 AM | Show all posts |Read mode
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar. - Foto fail NSTP



PUTRAJAYA: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengarahkan Lembaga Tabung Haji (TH) menyiasat kejadian sekumpulan jemaah Malaysia terkandas di Makkah kerana dikatakan menggunakan visa pelancong untuk mengerjakan haji.

Menterinya, Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata pihaknya maklum kejadian menimpa bakal jemaah haji berkenaan yang dipercayai terpedaya dengan pakej haji murah ditawarkan agensi pelancongan.

Katanya, setiap tahun pihaknya melalui TH sentiasa memberi peringatan kepada umat Islam agar lebih berhati-hati dengan sebarang tawaran pakej murah yang ditawarkan segelintir agensi pelancongan yang tidak dilesenkan oleh TH.

"Semua mangsa yang terlibat dinasihatkan menghubungi Kedutaan Malaysia di Arab Saudi bagi mendapatkan bantuan khidmat nasihat," katanya melalui kenyataan hari ini.

Media hari ini melaporkan, 300 bakal haji yang kini di Makkah kebingungan selepas dimaklumkan agensi pengurusan menggunakan visa pelancong.

Perkara itu dikongsi menerusi hantaran di Facebook oleh seorang individu menerusi Forum Umrah DIY selepas dihubungi rakannya yang meminta bantuan bagi menyelesaikan masalah mereka.

Mohd Na'im berkata, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) turut mengingatkan kepada mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa kelulusan daripada TH adalah menjadi satu kesalahan dan mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).

Katanya, TH telah melantik 25 syarikat pelancongan tempatan untuk beroperasi sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi Musim Haji 1445H/2024M dan ia adalah antara langkah awal persediaan haji yang dilakukan TH setiap tahun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2024 11:47 AM | Show all posts
Momod, TT ni dah nape tibe2 pos banyak thread simpanan seminggu ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.147267 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list