CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8358|Reply: 0

Kedah fokus jumpa Selangor

[Copy link]
Post time 12-5-2024 01:43 PM | Show all posts |Read mode

Aksi KDA FC berdepan PDRM di Selayang. - Foto FB Kedah Darul Aman FC.

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC, Nafuzi Zain lega matlamat untuk membayar 'hutang' tiga mata dalam aksi pertama Liga Super berjaya dilaksanakan barisan pemainnya selepas menewaskan PDRM FC 1-0, semalam.

Malah, Nafuzi menjelaskan kemenangan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang itu turut menjadi pembakar semangat buat Sang Kenari menjelang perlawanan sukar menentang Selangor di gelanggang lawan, Sabtu depan.

Pengendali berusia 46 tahun itu menyifatkan aksi berdepan Selangor sebagai pertembungan yang menarik dengan skuad kendalian Nidzam Jamil dianggap antara pencabar kejuaraan musim ini.

"Alhamdulillah tiga mata untuk kami bayar hutang, jangan lupa kami berhutang tiga mata dan pertama sekali matlamat kami nak selesaikan hutang dulu.


"Selepas ini bertemu Selangor, saya tahu Selangor satu pasukan yang mencabar kejuaraan untuk musim ini dengan kualiti pemain tempatan dan juga penambahan import baharu yang lebih berkualiti.

"Saya tengok Selangor lebih bersedia untuk musim ini. Satu pertembungan menarik dan kita tengok perlawanan itu nanti macam mana. Saya berasa seronok bertemu dengan Nidzam," katanya.

Jaringan awal Syafiq Ahmad ketika perlawanan hanya berlangsung 33 saat membolehkan KDA FC membawa pulang tiga mata penting dari gelanggang lawan.

KDA FC bagaimanapun masih kekal tanpa sebarang mata dalam carta liga selepas mereka sebelum ini dikenakan hukuman pemotongan tiga mata dan denda RM50,000 susulan kegagalan kelab terbabit membuat penyelesaian penuh tunggakan gaji bagi tahun 2023.

Sementara itu, pengendali PDRM, P Maniam tetap bangga dengan kesungguhan yang ditampilkan barisan pemainnya walaupun terpaksa akur tewas dalam aksi pertama di gelanggang sendiri.

"Walaupun kami kalah 1-0, tapi saya berasa bangga dengan pemain sebab mereka menunjukkan karakter atau atitud yang bersungguh-sungguh. Kita kena bangkit dan mempersiapkan pasukan dengan lebih bagus untuk perlawanan akan datang," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... okus-jumpa-selangor
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.051616 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list