CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13673|Reply: 0

[Sarawak] Dasar baharu dilaksana melibatkan bidang pendidikan agar mempunyai visi, misi jela

[Copy link]
Post time 12-5-2024 07:16 PM | Show all posts |Read mode


Kevin (berdiri, enam kiri), Stanley (berdiri, lima kiri), Eddy (berdiri, lima kanan), Dawi (berdiri, enam kanan) serta yang lain menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sungai Pasai, Sibu hari ini.

SIBU: Dasar baharu dilaksanakan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Sarawak melibatkan bidang pendidikan agar mempunyai visi dan misi jelas.

Ahli Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Kaunselor Kevin Lau berkata, terbaharu adalah pelaksanaan Program Dwibahasa Sarawak (DLP) menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik dan Sains  diperluaskan ke sekolah menengah seluruh Sarawak.

"Ini penting, atas usaha ini boleh kita menghasilkan ramai pelajar cemerlang dalam masa dua atau tiga tahun akan datang.

"Sebelum ini, pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dilaksanakan di sekolah rendah dan dasar ini kini diperluaskan di semua sekolah menengah di Sarawak merangkumi subjek fizik dan kimia," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Iban Daerah Sibu Bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Bedega di Rumah Dawi Ringgil, Sungai Pasai dekat sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi KMKK Iban Daerah Sibu Temenggung Stanley Gramong, Pengerusi JKKK Bukit Bedega Tuai Rumah Dawi, Penghulu Eddy Jemat serta tetamu lain.

Menurut Lau, seperti sedia maklum bahasa Melayu adalah bahasa rasmi di negara ini tetapi bahasa Inggeris juga merupakan bahasa komunikasi yang boleh digunakan sebagai bahasa rasmi di Sarawak.

"Dengan pelaksanaan DLP, ini membuka peluang kita berkomunikasi secara efektif dengan pelbagai pihak di seluruh dunia," jelasnya.

Beliau berkata, sejak sekian lama kerajaan GPS tidak pernah berhenti mempertahan hak Sarawak malah gigih berusaha menuntut autonomi dalam bidang kesihatan dan pendidikan.

"Ini menunjukkan visi dan hala tuju Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan barisan kepimpinan beliau membawa Sarawak ke arah masa depan lebih cerah.

“Terasas dan daripada terasnya kita tahu pendidikan merupakan satu perkara yang sangat penting.

"Pemimpin-pemimpin kita harus mempunyai bidang kuasa, keupayaan untuk melaksanakan dasar-dasar yang sangat baik terutama untuk anak-anak kita," katanya.

Mengenai persediaan Kerajaan Sarawak memberi pengajian tinggi percuma di institusi di bawah Kerajaan Sarawak, jelasnya ia bagi membolehkan lebih ramai pelajar cemerlang menikmati manfaat dengan sepenuhnya.

"Jadi, usaha ini sangat penting kerana tempoh masa akan datang adalah sangat kritikal juga kerana kita boleh melihat dengan jelas Kerajaan Sarawak mempunyai satu hala tuju, satu rancangan dan membentuk masa depan anak-anak kita," jelasnya.

Sehubungan itu, Lau mengingatkan masyarakat dan KMKK di negeri ini berlandaskan 'Sarawak First' mengutamakan Sarawak kerana hanya melaluinya mereka dapat bersama berjuang demi untuk masa depan anak-anak untuk Sarawak lebih maju dan makmur.

Katanya, impian ini hanya boleh dicapai kalau semua rakyat mempunyai semangat perpaduan yang sangat baik antara pelbagai kaum dan agama.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.779221 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list