CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5461|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Kod QR di pintu masuk negara sedang dikaji

[Copy link]
Post time 13-5-2024 12:34 PM | Show all posts |Read mode

RUSLIN pada sidang media di di Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Jabatan Imigresen Malaysia. FOTO Hazreen Mohamad

Putrajaya: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sedang melaksanakan kajian pelaksanaan penggunaan kod QR bagi melancarkan pergerakan di pintu masuk negara.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, maklumat lebih lanjut berhubung perkara itu akan diumumkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam masa terdekat.

"Ini komitmen Imigresen dan KDN untuk menangani kesesakan di pintu masuk utama negara, inisiatif ini berterusan dari peringkat KDN dan pelaksanaanya adalah Imigresen, bukan sahaja di Johor Bahru (Johor), malah di pintu masuk lain termasuk udara.

"Cara yang kita teroka adalah pelaksanaan kod QR. Memang kita tengah teroka, buat kajian dan sekarang ini kita tengah buat ujian manakala pengumuman mengenai perkara ini akan dibuat oleh KDN kerana perkara ini masih belum dilaksanakan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.


Terdahulu media melaporkan, JIM bakal melaksanakan sistem kod QR di pintu masuk antarabangsa negara sebagai penyelesaian jangka pendek bagi mengurangkan kesesakan di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor.

Antara langkah lain termasuk memendekkan proses pas penggajian daripada 15 hari kepada lima hari oleh JIM dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... egara-sedang-dikaji
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.282770 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list