CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5867|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Penyelia tapak baran pukul kekasih bekas isteri

[Copy link]
Post time 13-5-2024 04:06 PM | Show all posts |Read mode

Penyelia tapak (baju-T kelabu) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tampin, hari ini atas tuduhan mengugut serta mencederakan teman lelaki bekas isterinya dalam kejadian di Taman Pedas Indah, Rembau, minggu lalu. - Foto oleh NOR AINNA HAMZAH

TAMPIN – Seorang penyelia tapak didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan mengugut serta mencederakan teman lelaki bekas isterinya dalam kejadian di Taman Pedas Indah, Rembau, minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Saiful Amiruurashid Md. Azhar, 29, membuat pengakuan bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kartini Kasran.

Majistret kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM2,500 atau sembilan bulan penjara sekiranya gagal bayar bagi pertuduhan pertama.

Bagi pertuduhan kedua pula, majistret menjatuhkan hukuman denda RM1,000 atau empat bulan penjara sekiranya gagal bayar.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh telah menakutkan secara jenayah kepada seorang lelaki berusia 26 tahun dengan cara mengacu dan membaling sebatang cangkul ke arahnya.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh dengan sengaja menyebabkan cedera kepada lelaki yang sama dengan cara menumbuk dibahagian telinga lelaki tersebut.

Kedua-dua perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 10.30 malam di hadapan sebuah rumah rumah di Taman Pedas Indah, 8 Mei lalu.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Syuhada Mohd. Isa, manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashim. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... kasih-bekas-isteri/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.049327 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list