CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5990|Reply: 0

[Selangor] Akaun 3 KWSP: “Beli telefon bimbit pun keperluan”

[Copy link]
Post time 13-5-2024 04:10 PM | Show all posts |Read mode

Pencarum beratur bagi membuat pengesahan identiti dan kemas kini maklumat di kiosk Self-Service Terminal (SST) KWSP ketika tinjauan KWSP Jalan Raja Laut, hari ini. - Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

PETALING JAYA – Orang ramai didapati saling mengingatkan antara satu sama lain supaya tidak menggunakan simpanan daripada Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tujuan tidak berfaedah dan tidak perlu.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, rata-rata pengguna berkongsi pelbagai rancangan yang hendak dibuat menggunakan wang yang dipindahkan daripada Akaun Sejahtera (Akaun 2) ke Akaun 3 (Flesibel).

“Akaun 3 KWSP untuk kecemasan, bukan beli telefon bimbit, sport rim mewah atau kahwin baharu, pesan sesama kita,” kata sebuah hantaran di Facebook.

Di ruangan komen, ramai yang bersetuju bahawa setiap pencarum mesti bijak dalam menguruskan wang caruman tersebut supaya tidak membazir.

“Saya buat persediaan untuk isteri nak bersalin bulan depan,” kongsi Mustafa.

“Nak beli emas untuk pelaburan juga, sesak-sesak ada juga nak digadai,” kata Rosnah.

“Kalau saya, buat simpanan sendiri kalau ada kecemasan, senang,” kata Puteri.

“Baru cadang nak tambah cawangan dah kena sekat pula,” seloroh Kasim.

Selain itu ada seorang netizen turut meninggalkan komen bahawa membeli telefon bimbit juga satu keperluan.

“Memang kami guna duit itu untuk keperluan kerana telefon bimbit juga keperluan,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... mbit-pun-keperluan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.051317 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list