CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6401|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Harimau kumbang hanya lalui kawasan perumahan

[Copy link]
Post time 13-5-2024 04:13 PM | Show all posts |Read mode

Penduduk menunjukkan lokasi dia terserempak dengan harimau kumbang, baru-baru ini.

TAMPIN – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan mengesahkan dakwaan penduduk mengenai harimau kumbang “berehat” di kawasan perumahan di Taman Gunung Mas 2, di sini, 7 Mei lalu.

Perhilitan Negeri Sembilan dalam satu kenyataan memaklumkan kakitangan Jabatan Perhilitan Gemas telah menjalankan siasatan di lokasi aduan dan hasil daripada siasatan itu mendapati aduan tersebut adalah berasas.

Menurut kenyataan itu lagi, Taman Gunung Mas itu terletak berhampiran dengan Bukit Tampin yang terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Tampin.

“Jarak lokasi kawasan perumahan dengan Hutan Simpan adalah dalam lingkungan satu kilometer. Dipercayai Harimau Kumbang tersebut dari Hutan Simpan Gunung Tampin yang berdekatan.

“Harimau kumbang itu disyaki hanya melalui kawasan taman tersebut dan telah masuk semula ke kawasan Hutan Simpan. Ini adalah kerana tiada haiwan ternakan diaporkan mati di kawasan sekitar lokasi kejadian,” katanya, di sini, baru-baru ini.

Sehubungan itu, sebarang aduan serta maklumat berkenaan hidupan liar boleh disalurkan kepada Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan di talian aduan konflik hidupan liar Negeri Sembilan 011-65529681 atau talian hotline Perhilitan 1-800-88-5151 atau eaduan di laman web www.wildlife.gov.my.

Pada 9 Mei lalu, Kosmo Online melaporkan seorang penduduk terkejut melihat haiwan dipercayai harimau kumbang berehat di kawasan perumahannya di Taman Gunung Mas 2, di sini, tengah malam kelmarin.

Haris Hamidi Hassan, 39, dilaporkan berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan dari rumah rakannya di Desa Permai Repah untuk pulang ke rumah sebelum ternampak seekor binatang yang pada mulanya disangka babi hutan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... -kawasan-perumahan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.052937 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list