View: 6847|Reply: 12
|
[Dunia]
Warga Israel punggah, selerak bantuan untuk Gaza
[Copy link]
|
|
Warga Israel punggah, selerak bantuan untuk Gaza
https://www.sinarharian.com.my/a ... -bantuan-untuk-gaza
14 Mei 2024 08:56am
Video yang tular di media sosial menunjukkan penunjuk perasaan membuang bekalan dari trak ke tanah. - Foto Reuters
TEBING BARAT - Penunjuk perasaan Israel pada Isnin bertindak menyekat trak bantuan yang menuju ke Gaza.
Malah, mereka bertindak kejam menaburkan bungkusan makanan di jalan raya, bagi menghalang bantuan itu dinikmati warga Palestin yang kebuluran, ekoran tindakan kekejaman rejim Zionis.
Kejadian itu berlaku dalam siri terbaharu protes, ketika Israel berikrar untuk membenarkan bekalan kemanusiaan tanpa sebarang gangguan masuk ke dalam kawasan Gaza yang dikepung itu.
Empat penunjuk perasaan, termasuk seorang di bawah umur, telah ditangkap ketika menyertai protes yang berlaku di Pusat Pemeriksaan Tarqumiya, barat Hebron di Tebing Barat yang diduduki Israel.
Video yang tular di media sosial menunjukkan penunjuk perasaan membuang bekalan dari trak ke tanah, dengan kandungan kotak yang dibuka sewenang-wenangnya di jalanan.
Ia jelas bukan video palsu, apabila kandungannya disahkan melalui imej bangunan, papan tanda dan bukit yang sepadan dengan fail imejan di pusat pemeriksaan.
Visual yang berasingan dari lokasi yang sama juga menunjukkan trak yang sama sedang dipunggah, sekali gus menyokong bukti video tersebut.
Minggu lalu, empat orang ditahan di selatan Israel selepas protes serupa oleh warga Israel yang membantah menghantar bekalan kemanusiaan ke kawasan yang dikawal oleh gerakan Hamas.
Protes itu berlaku ketika Israel telah menghadapi tekanan antarabangsa yang berat untuk meningkatkan aliran bantuan ke Gaza.
Pertubuhan antarabangsa juga telah memberi amaran tentang krisis kemanusiaan yang teruk yang mengancam penduduk lebih daripada dua juta orang. - Awani
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bangsat lah!!!!
aku doakan kene laknat dan seteruk2nya pembalasan utk puak2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Tiada kompromi dan belas untuk MU wahai Yahudi laknatullah. 1 dunia sedang melihat dan berdoa. |
|
|
|
|
|
|
|
Leluhur parashit terlaknat |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa hantar ikut sempadan Israel. Bukan utara Gaza dah kosong tak ada orang?
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg lahanat betul
siapa yg masih sokong lahanat2 ni aku tepuk dahi je la |
|
|
|
|
|
|
|
langsung xde sifat perikemanusiaan bangsa tuh,patut la dilaknat |
|
|
|
|
|
|
|
Nape lah jahat sgt ni. Dorg ni takde diajarkan balasan baik dan jahat ke? |
|
|
|
|
|
|
|
makita replied at 14-5-2024 03:31 PM
Nape lah jahat sgt ni. Dorg ni takde diajarkan balasan baik dan jahat ke?
Bangsa self claimed terpilih khuensss.
|
|
|
|
|
|
|
|
Allahuakhbar jahatnya manusia |
|
|
|
|
|
|
| |
|