CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3865|Reply: 0

Jangan rampas hak Selangor

[Copy link]
Post time 14-5-2024 11:18 AM | Show all posts |Read mode

SELANGOR mungkin berdepan hukuman tambahan ekoran keputusan untuk tidak hadir pada aksi Piala Sumbangsih sebelum ini.

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) disarankan mengambil pendekatan terbuka dan bijaksana sekiranya mahu mengenakan hukuman tambahan buat Selangor FC susulan kontroversi yang melanda baru-baru ini.

Sebagai rekod, pengurusan Gergasi Merah membuat keputusan untuk tidak hadir pada saingan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Jumaat lepas atas faktor keselamatan.

Keputusan tersebut menyaksikan banyak spekulasi di laman sosial yang menyatakan Selangor FC bakal ditarik semula slot automatik ke Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) musim 2024/2025 nanti.

Pemerhati sukan tanah air, Datuk Dr. Pekan Ramli berkata, tidak wajar Selangor FC menerima hukuman berat kerana apa yang berlaku adalah sesuatu yang tidak disengajakan selain alasan yang kukuh.

“Saya harap hukuman yang bakal diberikan tidak sampai ke tahap itu (tarik balik penyertaan Selangor FC ke ACL2). Apa yang berlaku bukan disengajakan dan ada justifikasi yang kuat.

“Mereka sudah bekerja keras untuk meraih slot ACL2 pada musim lepas dan jika ada sekatan mungkin boleh dimulakan pada tahun yang akan datang.

“Apa yang pasti, tidak wajar hukuman lebih berat diberikan kepada Selangor dan secara peribadi saya harap MFL mengambil langkah bijaksana dalam mengenakan hukuman selain tidak terpengaruh dengan sentimen luar.

“Liga Malaysia juga baru bermula dan harapan sudah pasti kita mahu kukuhkan semangat persaudaraan kerana saingan liga ini adalah milik bersama dan bukan individu,” katanya ketika dihubungi Kosmo!
https://www.kosmo.com.my/2024/05/14/jangan-rampas-hak-selangor/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.066097 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list