CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3283|Reply: 0

[Perak] DSP didakwa di Mahkamah Tinggi atas tuduhan bunuh pelajar

[Copy link]
Post time 14-5-2024 12:45 PM | Show all posts |Read mode

TERTUDUH (tengah) di Mahkamah Tinggi Ipoh. FOTO L Manimaran

Ipoh: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 30 hari tempoh perbicaraan bagi tuduhan kes bunuh pelajar tingkatan lima yang dihadapi pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan, hujung tahun lalu, dengan tarikh perbicaraan bermula 4 November depan.

Tarikh dan tempoh itu ditetapkan Hakim, Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet itu ketika prosiding sebutan kes ke atas tertuduh, Mohd Nazri Abdul Razak, 45, di sini, hari ini.

Tarikh yang ditetapkan bagi perbicaraan itu adalah 4 hingga 8 dan 11 hingga 15 November; 2 hingga 6 dan 9 hingga 13 Disember; serta 6 hingga 10 dan 13 hingga 17 Januari 2024.

Kedua-dua pihak turut ditetapkan oleh Mahkamah untuk menyerahkan afidavit masing-masing pada 1 Julai depan.


Terdahulu, Mohd Nazri yang sebelum ini bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan, hari ini di hadapan Bhupindar Singh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, di Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati dalam daerah Kinta, antara 11.45 pagi hingga 12.40 tengah hari, 15 Disember 2023.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara sehingga 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum dengan tidak kurang 12 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz; Saiful Akmal Mod Said; dan Nasrul Hadi Abdul Ghani manakala tertuduh diwakili peguam, Jacky Loi Yap Loong, Lim Chi Chau dan M Kuhan.

Hadir sama dalam prosiding hari ini adalah peguam pemerhati yang dilantik keluarga mangsa, Yasmin Khalid dan Amira Najwafitri Amir Arif.

Dalam prosiding sama, Afzainizam menyatakan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan memerlukan masa kira-kira sebulan untuk memuktamadkan senarai saksi sebelum dokumen itu diserahkan kepada pihak pembelaan.

Kata Afzainizam, pihaknya perlu meneliti beberapa dokumen memandangkan dalam kes itu ia membabitkan kira-kira 60 saksi termasuk saksi pakar.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... duhan-bunuh-pelajar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.435983 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list