CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3117|Reply: 0

[Kedah] Runtuhan di kaki Gunung Inas bukan akibat pembalakan

[Copy link]
Post time 14-5-2024 02:45 PM | Show all posts |Read mode
Runtuhan di kaki Gunung Inas bukan akibat pembalakan


Oleh Noorazura Abdul Rahman - Mei 14, 2024 @ 2:25pm bhnews@bh.com.my




Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Pulau Pinang/Kedah,Perlis, Azizan Ali (vest biru) dan Pegawai Daerah Baling, Datuk Abdul Gafar Yahya (t-shirt dan topi hitam) ketika meninjau sisa runtuhan dari Gunung Inas berhampiran rumah penduduk di Kampung Iboi di sini, hari ini. - Foto ihsan JPAM





BALING: Runtuhan tanah di kaki Gunung Inas di Kampung Iboi di sini, minggu lalu bukan berpunca daripada pembalakan atau projek tanaman durian Musang King.

Pegawai Daerah Baling, Datuk Abdul Gafar Yahya, berkata sebaliknya kejadian itu disebabkan taburan hujan tinggi antara September hingga Disember lalu.

Katanya, kejadian itu menimbulkan kegusaran berikutan berlaku beberapa kejadian banjir kilat berserta lumpur sehingga melimpah ke rumah penduduk.

"Saya bersama Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Kedah, Azizan Ali dan pegawai Jabatan Perhutanan Negeri (JPNK) telah meninjau kawasan kaki gunung terbabit.

"Runtuhan mula berlaku pada 27 September 2023, tapi saya tegaskan runtuhan ini tiada mengena dengan projek tanaman durian Musang King atau pembalakan.

"Ia juga tiada kaitan dengan aliran puing dari Sungai Kupang kerana ia bukan aliran yang sama," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Dalam kejadian 6 Mei lalu, berlaku kejadian runtuhan tanah di kaki Gunung Inas akibat hujan menyebabkan penduduk kembali bimbang.

Sementara itu, penduduk Kampung Iboi, Zulkifli Ahmad, 61, berkata dia bimbang kejadian itu akan menyebabkan berlaku runtuhan yang lebih besar sehingga meragut nyawa penduduk seperti tragedi banjir puing pada 4 Julai 2022.

"Saya bimbang runtuhan ini akan hempap rumah atau akan berlaku banjir puing yang lebih besar, sekarang ini sudah mula hujan, kami sekeluarga tidak nyenyak tidur .

"Jika hujan lebat pada waktu malam saya akan suluh dengan lampu tengok air melimpah ke tahap mana, parit berhampiran rumah semakin cetek kerana limpahan lumpur dari runtuhan itu.

"Selalunya air akan naik sehingga laman rumah hampir satu meter, mujur kedudukan rumah saya lebih tinggi, saya perlu berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan keluarga terutama isteri dan ibu mentua saya yang sudah berusia 86 tahun," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.049159 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list