CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3410|Reply: 0

[Terengganu] Mayat hampir reput tanpa identiti ditemui dalam stor projek pam pasir

[Copy link]
Post time 14-5-2024 05:50 PM | Show all posts |Read mode

FOTO hiasan

Kuala Berang: Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui di dalam stor projek pam pasir di Kampung Tanjung, Aur, Telemong, di sini, semalam.

Mayat lelaki dianggarkan berusia antara 40 hingga 50 tahun itu ditemui orang awam kira-kira 6 petang.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, ketika ditemui mayat memakai baju jenama Adidas berwarna merah dan seluar sukan jenama Nike T90 berwarna hitam.

Katanya, ketika ditemui mayat sudah hampir reput dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


"Kita juga tidak dapat mengenal pasti bangsa kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pada mayat berkenaan.

"Polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes terbabit atau sesiapa yang kehilangan ahli keluarga supaya tampil menyalurkan maklumat kepada balai berdekatan," katanya.

Katanya, maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat SM Zi Ismail di talian 0199220737.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... or-projek-pam-pasir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.062982 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list