CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3571|Reply: 0

Maniam tak beri tekanan pada pemain PDRM

[Copy link]
Post time 14-5-2024 05:55 PM | Show all posts |Read mode

MANIAM berkata, beliau hanya mahu anak buahnya mengekalkan fokus dan berusaha memberikan satu persembahan yang mantap. FOTO Ihsan PDRM FC

Seremban: Ketua jurulatih Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC, P Maniam enggan memberi tekanan kepada pemain skuad terbabit untuk bangkit pada perlawanan kedua saingan Liga Super menentang Perak FC, di Stadium Ipoh, Sabtu ini.

Sekalipun sedar kemenangan adalah penting buat skuad bimbingannya itu selepas tewas kepada Kedah Darul Aman (KDA) FC pada aksi permulaan, di tempat sendiri, Ahad lalu.

Maniam berkata, beliau hanya mahu anak buahnya mengekalkan fokus dan berusaha memberikan satu persembahan yang mantap berdasarkan perancangan yang disusun rapi bagi perlawanan menentang Perak.

"Saya tidak akan bagi tekanan kepada pemain untuk dapatkan kemenangan apabila turun menentang Perak di Ipoh, Sabtu ini.


"Apa yang saya mahu pemain dapat tunjukkan komitmen yang tinggi dalam aksi itu nanti dan beraksi dengan penuh semangat serta berjuang dengan kualiti persembahan tersendiri.

"Memang kita mahukan kemenangan kerana ia penting untuk pasukan mengumpul mata dan bergerak maju ke hadapan, tapi jika pemain tidak bersungguh dan menunjukkan persembahan berkualiti, mungkin ia sukar dicapai.

"Yang penting mereka perlu laksanakan tugas dengan betul," kata Maniam ketika dihubungi, hari ini.

Pengendali berpengalaman yang diamanahkan membimbing skuad berkenaan bagi musim pertama kali ini, yakin pemain PDRM akan dapat memperagakan aksi mantap seperti mana yang direncanakan dalam usaha mengutip tiga mata pertama.

Menurutnya, prestasi terbaik perlu dipersembahkan walaupun beraksi di tempat lawan.

"Memang beraksi di tempat lawan bukan suatu tugas yang mudah, malah Perak juga sebuah pasukan yang kuat dan tidak boleh dipandang rendah, tapi persiapan kita untuk menghadapi pasukan itu dilihat lancar dan semua pemain utama cergas untuk diturunkan," katanya.

Dalam pada itu, Maniam yakin dengan prestasi dan kemampuan penyerang utama pasukan itu, Ifedayo Olusegun untuk bertindak proaktif di depan gawang.

"Jika melihat kepada persembahan beliau pada pertembungan dengan Kedah tempoh hari, dia hampir berjaya menjaringkan gol.

"Saya yakin Ifedayo akan memperagakan aksi lebih agresif pada aksi dengan Perak nanti dan akan menjaringkan gol," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... an-pada-pemain-pdrm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.319859 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list