CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6914|Reply: 0

[Edisi Teknologi] Getah pemprosesan baru - bakal tingkatkan ekonomi getah mentah?

[Copy link]
Post time 2-3-2012 01:54 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by dauswq at 3-3-2012 14:42

Ekoprena dan pureprena  inovasi baru getah

Proses  peneutralan dalam penghasilan ekoprena.



LEMBAGA Getah Malaysia (LGM) pada masa ini sedang giat menjalankan program-program penyelidikan dan pembangunan bagi menghasilkan getah-getah termaju yang dengan ciri-ciri unggul berbanding getah gred konvensional seperti Getah Piawaian Malaysia atau Standard Malaysia Rubber (SMR).


Pembangunan teknologi getah termaju akan meningkatkan teknologi pemprosesan getah mentah. Ia juga meningkatkan persaingan industri getah melalui pemprosesan berteknologi tinggi dan produk nilai-tambah yang akan dapat meluaskan permintaan dan aplikasi getah asli Malaysia.


Ia juga akan merealisasikan aspirasi negara untuk menyumbang kepada ekonomi berpendapatan yang tinggi menjelang 2020.


Di samping itu pembangunan teknologi dan getah termaju akan membantu mencapai industri getah mampan.


Ini dapat dicapai menerusi penggunaan getah termaju yang diiktiraf sebagai bahan hijau daripada sumber berterusan untuk menghasilkan produk getah mesra alam dan dapat mengurangkan pelepasan gas rumah hijau serta membantu mengawal isu perubahan iklim sedunia.

Sejajar dengan itu, LGM telah melancarkan dua jenis getah termaju dengan tanda perdagangan iaitu ekoprena dan pureprena.



Kedua -dua jenis jenis getah merupakan hasil penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan sepenuhnya oleh LGM bagi memperbaiki ciri-ciri getah asli di samping memberi nilai tambah bagi pemprosesan getah mentah.


Ia selaras dengan usaha LGM mempromosikan teknologi bagi pemindahan kepada sektor pemprosesan getah mentah.
Ekoprena merupakan nama perdagangan bagi Getah Asli Terepoksida (ENR) yang dibangunkan dan dikomersialkan oleh LGM.
Ia adalah sejenis getah khas termaju yang diperoleh melalui pengubahsuaian kimia iaitu melalui proses pengepoksidaan terhadap lateks getah asli.


Ekoprena dikategorikan sebagai bahan getah mesra alam atau green material kerana penghasilannya menggunakan bahan-bahan semulajadi, tidak seperti getah sintetik yang dihasilkan daripada sumber petroleum.

Teknologi penghasilan getah terepoksida mula dibangunkan pada pertengahan tahun 1980an.


Ekoprena pula telah didaftarkan sebagai nama perdagangan getah terpoksida pada 2007.


Tujuan utama teknologi getah Ekoprena dibangunkan adalah untuk menghasilkan getah asli yang mempunyai ciri-ciri utama yang dapat menyamai atau mengatasi ciri-ciri getah sintetik.


Getah sintetik dihasilkan daripada petroleum yang merupakan sumber yang tidak akan dihasilkan semula dan tidak mampan (non-sustainable). G etah asli pula dihasilkan dari sumber semulajadi yang berkekalan iaitu dari pokok getah.


Oleh kerana Ekoprena dapat menandingi dan mengurangkan penggunaan getah sintetik bagi penghasilan produk getah, ia dikategorikan sebagai bahan mesra alam kerana mengurangkan penggantungan kepada sumber petroleum.


Pada peringkat awal pembangunan teknologi ini, penggunaan pada tahap komersial kurang mendapat sambutan.


Ini kerana, faktor persaingan getah sintetik yang dihasilkan daripada petroleum yang mempunyai harga pasaran yang rendah. Pada masa yang sama juga, faktor utama yang lain ialah kurang kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar dan produk mesra alam.


Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, senario tersebut telah berubah kesan daripada trend global yang lebih mementingkan aspek alam sekitar melalui pengurangan bahan terbuang serta penggunaan bahan sumber semulajadi yang bijak (eco-efficient) dan mampan. Penggunaan bahan mesra alam dan bahan bertenaga rendah akan mengurangkan kesan pencemaran terhadap alam sekitar di samping membaikpulih kitaran karbon.

Terdapat dua gred Ekoprena yang dihasilkan buat masa kini iaitu Ekoprena 25 dan Ekoprena 50 iaitu Ekoprena yang mengandungi tahap pengepoksidaan masing-masing 25 dan 50 peratusan mol.
Penghasilan dua gred itu dijangka dapat memenuhi keperluan dalam pembuatan berbagai barangan getah bagi kegunaan industri dan harian.


Ekoprena mempunyai ciri-ciri yang berbeza jika dibandingkan dengan getah asli gred biasa. Bagaimanapun, sifat kekuatan yang tinggi getah asli masih dipertahan.


Sebagai contoh, Ekoprena 50 mempunyai sifat rintangan pengampulan (swelling) dalam minyak dan ketaktelapan (impermeability) udara yang bersamaan dengan getah sintetik seperti getah nitril dan getah butil.


Selain daripada itu, Ekoprena 25 pula dapat memberikan ciri cengkaman basah (wet grip) yang lebih tinggi berbanding getah asli dan juga memberikan rintangan gulingan (rolling resistance) yang rendah. Kedua-dua ciri ini amat diperlukan di dalam pembuatan tayar untuk tujuan keselamatan dan pengurangan keperluan bahan bakar (fuel). Pada masa ini pengeluaran komersial Ekoprena dijalankan di Stesen Penyelidikan RRIM, Lembaga Getah Malaysia, Sungai Buloh. Teknologi tersebut telah dipindahkan kepada syarikat pemprosesan pada Oktober 2010.

Dalam pada itu, pembangunan teknologi Pureprena telah meningkatkan sifat-sifat getah asli menjadi setanding dengan getah tiruan. Ini secara langsung akan dapat meningkatkan permintaan terhadap getah asli dan mengembangkan penggunaan getah asli untuk pembuatan produk-produk getah.


Ia juga akan mengenengahkan Malaysia sebagai peneraju teknologi getah asli di samping dapat memastikan industri getah negara sentiasa berdaya-saing.


Dengan menyasarkan teknologi getah Pureprena ini, lebih ramai usahawan dapat dibangunkan melalui pemindahan teknologi untuk penghasilan secara komersil.

Dari aspek lain, Pureprena merupakan perintis kepada teknologi pemprosesan getah yang mesra alam yang mana tiada bahan toksik digunakan di samping penggunaan tenaga yang lebih rendah untuk memberikan kesan produktiviti yang tinggi.

Adalah diharapkan juga, teknologi Pureprena ini pada masa hadapan akan dapat memberikan faedah kepada semua pekebun kecil melalui peningkatan permintaan terhadap getah di samping secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan pekebun kecil melalui pemprosesan getah nilai tambah.

credit to utusan Last edited by midory on 4-4-2013 10:27 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.248695 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list