CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: darius-kl

Fiksyen sains Melayu

[Copy link]
Post time 17-12-2009 01:58 PM | Show all posts
Selepas trangenesis akan keluar pula

'Galaksi Muhsinin' Galaksi yg dikuasai oleh org ISlam, perang dgn robot.... leleh ceritanya...sians fiksyen Islami...byk betul quote ayat drpd al Quran

selep ...
bery Post at 24-6-2008 11:55


Say tahu Adi Gempa. Saya x minat baca tu half saja saya baca dah tinggal. Saya tak tertarik dengan pengolahan bahasanya. Terbaru saya baca novel Ya Fattah;Cinta Sakti. Bg saya 4 unsur novel ni. Thriller/sai fai/cinta/islamik. Bgs sgt

Ala2 Twilight & smallville pun ada.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2009 02:05 PM | Show all posts
Fahar,
Sayalah yg kata novel ya fattah;cinta sakti ala2 twilight & smallville. hehe. Saya bayangkan watak Fattah tu ada kombinasi dr watak hero tu.
Best sgt novel tu.. saya bg 5*
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2009 12:23 PM | Show all posts
Ahad lepas, sewaktu tunggu awek yang aku ngorat 7 thn lepas shopping di Muaz, aku jenguk masuk ke kedai buku mamak sebelah Juke Box jln TAR. Mata terus terkilas pada siri Twillight yg telah di alih bahasa ke Bahasa Melayu. Ada 2. Terbitan Pelangi.
Menarik~ tp tak beli sebab dh bc yg original.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 01:29 AM | Show all posts
Post Last Edit by chaoyunjie at 4-3-2012 20:42

agak2 novel transgenesis bisikan asmara & takluk jagat nie masih ada di pasaran lg x?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 08:27 AM | Show all posts
Reply 5# edma

Detektif Indigo tue memang best...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 07:15 PM | Show all posts
Reply 84# chaoyunjie

Masih ada bro.
Nanti Pesta Buku ko turun.
Masukkan dalam senarai-beli.
Kalau nak dapat 35% diskaun PTS - ko jumpa aku nanti.

Takluk Jagat akan keluar siri ke-3.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2012 04:45 PM | Show all posts
Nanti cuba try baca Invasi from FIXI. Scheduled to release end of this month
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 01:32 PM | Show all posts
bulalof posted on 15-5-2008 10:19 AM
ada ke novel melayu berunsur science fiction? aku pun baru terperasan.....

Ada. Tapi tidak mainstream sebab majoriti pembaca kan wanita, kaum wanita suka kisah cinta je.. hehehe... Peminat novel sci-fi ni lelaki kot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2012 08:18 PM | Show all posts
apa pendapat korang pasal novel cinta fantasi mcm Kasihku Arina dan Venom Suria (Mazni Aznita, Buku Prima) dan Fantasi Cintaku (Fatinilamsari, Buku prima). Ketiga2 novel ni blh dikatakan ala-ala urban fantasi.

cakap pasal urban fantasi ni, aku jumpa satu laman blog e-novel fantasi. Namanya Rumah Fantasi (http://ilhamdanfantasi.blogspot.com/). Bolehlah kalau nak layan2 citer fantasi kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2012 08:46 PM | Show all posts
jundak posted on 24-11-2009 12:05 AM
Sai-fai (sci-fic) dan fantasi mmg sukar dipisahkan, kerana itu ramai yg terkeliru dalam membezakan a ...

like ur info tq
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2012 08:57 PM | Show all posts
buku ADAMARYAM X - xarine
menarik jugak
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 09:28 PM | Show all posts
Sekitar Novel Fiksyen Sains (Sai Fai) Malaysia





Nota : Artikel di bawah pernah keluar di dalam Dewan Sastera Bulan Mei 2007.



Jika anda bertanya pada kawan di sebelah anda, apa yang mereka tahu tentang ‘ fiksyen sains ’ , jawapan yang selalunya akan anda dengar ialah: “ piring terbang ” , “ Steven Spielberg ” , “ pengembaraan angkasa lepas ” , “ robot ” , “ makhluk asing ” dan “ saya lebih suka berpijak pada dunia nyata. ”

Fenomena ini bukan satu kebetulan tetapi satu hakiki yang perlu diterima dalam memahami sejauh mana perkembangan genre fiksyen sains sudah berlaku di Malaysia. Malah, sering kali juga, walaupun perkara ini bukanlah perkara baharu di luar negara, fiksyen sains lebih lazim digolongkan sebagai sebuah genre ‘ susastera budak lelaki ’ dan hanya dibaca oleh kanak-kanak dan remaja.

Mungkin perkara ini tidak dapat dinafikan kerana, jika dilihat pada konteks bagaimana fiksyen sains terlahir di Malaysia.

Sebelum kita pergi ke situ, marilah kita lihat definisi tentang fiksyen sains secara umum dan terkini. Fiksyen sains, atau fiksyen (istilah yang paling salah tetapi banyak digunakan oleh editor) atau cereka sains di dalam Oxford English Dictionary membawa maksud ‘ imaginative fiction based on postulated scientific discoveries or spetacular enviromental changes, frequently set in the future or on other planets and involving space or time travel ’ .

Dalam kajian fiksyen sains mutakhir, tiga definisi terpenting dan popular di dalam genre ini diperkenalkan oleh Darko Suvin, Robert Scholes dan Damien Broderick ( Roberts, Adam 2000 : 7 ) . Suvin menyatakan bahawa ‘ fiksyen sains tercipta daripada pemerhatian empirikal penulis, lalu pemerhatian ini diolah menjadi sebuah kerangka yang imganatif tetapi terjaga walaupun terasing dengan realiti dunia sekarang ’ . Robert Scholes pula menyatakan ‘fiksyen sains ialah sebuah ‘dongengisasi’ (fabulation) yang tidak bersambung dengan realiti tetapi mempunyai sambungan kognitif (proses pemahaman) terhadap realiti ’ . Dan Damien Broderick memberi maksud ‘ fiksyen sains bercerita tentang metonymic (satu unsur yang mewakili separuh daripada unsur lain) dunia yang mementingkan objek daripada subjek. ’

Kepada seorang penelaah yang tidak mengkaji teks-teks fiksyen sains, penghadaman untuk memahami definisi mutakhir ini tentu akan mengambil masa yang agak lama untuk dicerna.

Maka, secara keseluruhan, fiksyen sains ialah sebuah pembentukan dunia/falsafah/roh/gaya terbaharu atau dipanggil ‘novum’ (diambil dari istilah latin ‘ novus ’ yang bermakna “ baharu ” ) , yang walaupun tidak bersangkut paut dengan dunia sekarang, ‘ novum ’ ini memberi makna dan kefahaman yang unik dan tersendiri tentang dunia kita.


‘ Novum ’ inilah yang membawa maksud idea, objek, fenomena, atau senario yang dicampak dalam sebuah cerita, lalu diperlihat secara sistematik dan manusiawi, bagaimana ‘ novum ’ ini memberi kesan terhadap watak-watak (selalunya manusia) di dalam naratif (nilai positif atau negatif) secara langung dan pembaca (yang ingin memahami teks cerita) secara tidak langsung.

Pada tahun 1977 di Malaysia, dua buah ‘ novum ’ tercipta dan boleh dikenali sebagai datuk kepada fiksyen sains Malaysia, iaitu Seribral Hidofarik karya Mohd. Arrifin Mohd. Siri terbitan Titiwangsa serta komik fiksyen sains Siri Kapten Merak karya Mishar terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

DBP bukan sahaja menjadi antara badan perintis yang memperkenalkan fiksyen sains di dalam arus susastera tempatan, tetapi telah berusaha memperkembangkan penghasilan ‘ novum-novum ’ baharu beracuan tempatan, khususnya dalam bidang penovelan.

Novelis-novelis terawal fiksyen sains Malaysia terdiri daripada penulis-penulis muda yang cuba membawa pembaharuan dalam tema novel kanak-kanak. Mereka ialah Shahidan Md. Noh, Abdul Ahmad, Mohd. Ismail Sarbini, dan Othman Puteh, walaupun mereka bukan penulis fiksyen sains sepenuhnya.

Jika diperhatikan dengan teliti, novel-novel fiksyen sains mereka mempunyai tema atau dunia yang seakan disadur daripada drama siri televisyen fiksyen sains dan fantasi Amerika, filem fiksyen sains Hollywood dan novel fantasi barat. Perkara ini tidak dapat dinafikan kerana pengaruh kuat siri-siri televisyen seperti Buck Rogers in the 25th Century, The Time Tunnel, Batman, Star Trek, Back to the Planet of the Apes dan Voyage to the Bottom of The Sea pada penonton muda di Malaysia. Oleh kerana itu, novel fiksyen sains yang diterbitkan oleh DBP pada awal 80-an bercirikan pembacaan kanak-kanak dan remaja.

Seperti novel Perjalanan Pertama karya Shahidan Md. Noh (DBP, 1979) yang dibahagikan kepada dua buah cerita pengembaraan; sebuah cerita mempunyai persamaan pengembaraan angkasa lepas dalam Star Trek dan sebuah lagi mempunyai persamaan pengembaraan kapal selam Voyage to the Bottom of the Sea. Komik Siri Kapten Merak karya Mishar (DBP, 1977) juga mempunyai cerita pengembaraan angkasa lepas yang sama dengan Star Trek. Pulau Berukera dan Berukera dari Planet Ulba karya Mohd. Ismail Sarbini (DBP, 1982) pula mempunyai persamaan dengan filem Planet of The Apes serta siri televisyennya (dan bukan novelnya).

Tetapi ini tidak menafikan acuan dan ‘ novum ’ tempatan yang berjaya dimasukkan oleh penulis-penulis ini. Contohnya seperti Pulau Berukera karya Mohd. Ismail Sarbini yang terhasil daripada Peraduan Mengarang Novel Fiksyen Sains Kanak-kanak DBP 1980.

Pulau Berukera mungkin secara dasarnya mempunyai persamaan dengan Planet of the Apes dalam memilih objek ‘nova’ bangsa beruk sebagai bertamadun dan pintar. Tetapi jalan cerita novel ini disulam dengan fantastisme kerana protagonis novel ini, Budin telah dicolek oleh sekumpulan berukera untuk tinggal bersama mereka di pulau mereka (persamaan kisah dongeng orang tua tentang kanak-kanak dibawa lari oleh orang bunian).

Budin kemudian dibedah menjadi seekor berukera (!) supaya dapat diasimilasikan dalam masyarakat berukera yang berteknologi tinggi itu. ‘ Novum ’ inilah yang menyebabkan novel ini mempunyai keunikannya yang tersendiri kerana berjaya membawa persoalan metonymic asimilasi suatu masyarakat terhadap sebuah tamadun yang lebih tinggi daripada masyarakat itu, dan persoalan jika pilihan pengasimilasian itu menguntungkan atau memudaratkan mereka. Persoalan pemilihan utopia/distopia Mohd. Sarbini ini sebenarnya bersangkut paut dengan keadaan berkecuali Malaysia sebagai negara ketiga pada waktu itu pada Perang Dingin antara blok Amerika dengan Rusia.

Seperti Pulau Berukera, Terjebak Di Terowong Katak, Terhumban Ke Dunia Katak, dan novel-novel zaman itu, pencampuran elemen fiksyen sains dan fantasi dalam novel memang berlaku. Novel-novel ini di dalam pemerhatian dunia fiksyen sains dipanggil novel ‘ sci-fi ’ , iaitu novel berunsur sains yang bercampur dengan fantasi. Novel sebegini juga dipanggil ‘ fantasi saintifik ’ ( “ scientific fantasy ” ) atau ‘ opera angkasa ’ . Ini adalah kerana penulis-penulis tempatan pada zaman itu belum lagi menemui kajian elemen-elemen fiksyen sains yang tulen (dipanggil “ pure SF ” ) , maka imaginasi dan dunia serba tidak logik bercampur-aduk dengan fakta-fakta sains yang bersifat empirikal.

Oleh kerana itu, sarjana fiksyen sains telah menyatakan, novel seram gothik Frankenstein (1818) karya Mary Shelly sebagai novel fiksyen sains yang pertama. Ini adaalah kerana, ciptaan ‘ novum ’ novel itu dilatarkan sebuah persoalan yang serba tidak mungkin tetapi logik dan mempunyai ketentuan saintifik dalam realiti dunia novel itu.

Perkara ini menarik jika kita kaitkan dengan perkembangan novel fiksyen sains di Malaysia, kerana novel fiksyen sains yang tulen dan serius pertama di Malaysia, Di.Ar.Ti. karya Rahmat Haroun (DBP, 1989) mempunyai unsur ‘ penghidupan kembali tubuh fizikal tanpa roh ’ yang dinyatakan dalam Frankenstein. Pembawaanya tidak lagi keanak-anakan tetapi matang dan dewasa.

Malah, boleh diiktiraf bahawa Rahmat Haroun ialah bapa kepada novel fiksyen sains moden Malaysia. Novelnya yang kedua, Manuklon (DBP, 1991) telah melakar sebuah novel pasca-apokalips tentang ‘ novum ’ manusia bergenetik robot dengan latar nasionalisme. Novel kelimanya, Hikayat Neogenesis (DBP, 2004) ialah hasil kerjanya yang paling kompleks kerana membawa masuk unsur pascamoden dalam mendekonstruksi kembali makna “ pseudo-science ” kewujudan dengan wacana kewujudan dalam teks klasik Islam.

Rahmat Haroun bukan sahaja telah menaikkan taraf fiksyen sains dalam latar susastera tempatan sebagai satu karya yang serius, tetapi dengan bantuan khidmat serta kelolaan peraduan DBP, telah membawa masuk sekumpulan judul-judul novel fiksyen sains yang segar oleh beberapa penulis lain, walaupun persembahan tulisan berarah kepada pembaca remaja.

Penulis-penulis seperti Nazel Hasim Mohamad, Azmah Nordin, Abang Saifuddin Abang Bokari, Lamia Aimal, Zailani Taslim, Lim Ee Sze, Fatimah Saidin, Muhammad Jaafar Darwis, Daniel Jebon Jenaun, dan Hizairi Othman telah memperkenalkan beberapa judul fiksyen sains serta ‘ sci-fi ’ terbitan DBP seperti Tekad (1991), Aerlonku (1991), Disket Misteri (1991), Sisa-sisa Planet (1991), Martika (1991), Syonagar (1992), Misteri Otak No. 3 (1992), Pembebasan Planet Logam (1993), Aerosa II Mendarat Di Petra Jaya (1994), Operasi Matrik (1995), Impian Akuatik (1995), Mamon (1996), Misteri Perenza (1997), Dedikasi Di Planet Marikh (1999), dll.

Pada awal abad ke-21, selain novel Rahmat Haroun, Dewan Bahasa dan Pustaka juga telah menerbitkan beberapa novel fiksyen sains yang menyelusuri pelbagai ‘ novum ’ fiksyen sains tempatan.

Misi Sarwajagat (2003) karya Ediramle Ismail ialah sebuah novel utopia didaktik tentang pengembaraan manusia yang berkoloni di planet-planet lain, tanpa meninggalkan keimanan dan agama mereka. JIAN (2003) karya M. Fadli al-Akiti ialah sebuah novel penyiasatan perubatan yang membawa isu senjata biologi dan penyesuaian manusia terhadap virus. Nekad (2005) adalah sambungan Tekad karya Nazel Hashim Mohamad tentang survival sekumpulan manusia di belantara pada zaman pasca-apokalips. Fitrah Kimiawi (2005) karya Rahmat Haroun Hashim memaparkan roman sains dan cinta seorang saintis muda.

Di dalam alam maya pula, e-novel Dresanala II : Baladewa-X, nukilan Nizam Zakaria http://baladewa-x.tripod.com/ merupakan novel fiskyen sains dengan genre opera angkasa yang paling penting pada dekad ini.

Walaupun novel fiskyen sains dikatakan kurang mendapat sambutan, novel genre ini tetap mempunyai sekumpulan golongan pembacanya. Mungkin novel ini, yang hanya serius bermula di Malaysia pada awal 80-an, memerlukan promosi yang mantap atau jurnal yang khusus bagi memasyarakatkan fiksyen sains kepada khalayak bahasa Melayu. Malah, kelangsungan peraduan dan penerbitan DBP telah sedikit sebanyak membuka peluang kepada penerbit-penerbit swasta seperti Pustaka Cipta, Utusan Publications dan lain-lain untuk turut menerbitkan novel fiksyen sains.

Oleh kerana itu, Bahagian Multimedia DBP telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan Peraduan Cereka dan Puisi Sains KaryaNet yang berlangsung dari 2003 – 2005. Dalam tiga tahun peraduan ini sudah berjalan, peraduan ini telah berjaya memaparkan perkembangan yang memberangsangkan dalam pemahaman tema-tema cerpen dan puisi fiksyen sains yang baharu.

Dengan itu, Bahagian Multimedia telah mengemaskini peraduan ini ke satu tahap yang lebih tinggi, memperkenalkan Peraduan Mengarang Cerita Bersiri KaryaNet pada tahun ini dengan memberi peluang pada penulis fiiksyen sains yang mahu menghasilkan sebuah naratif fiksyen sains yang lebih panjang, tegar dan mutakhir.

Judul-judul baharu yang terhasil daripada peraduan ini diharapkan dapat menjadi pelapis kepada ciptaan-ciptaan ‘ novum ’ terdahulu dan meneruskan pememberian manfaat terhadap masyarakat Malaysia dalam menangani ketidakpastian mereka tentang dunia asing dan masa akan datang.


Rujukan

King, Stephen, Danse Macabre. New York: Berkley Books, 1983.

Mann, George (ed.), The Mammoth Encyclopedia of Science Fiction. London: Robinson, 2001.

Othman Puteh, Sastera Remaja Ditinjau Daripada Beberapa Perspektif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989.

Roberts, Adam. Science Fiction (the New Critical Idiom). London: Routledge, 2000.

Rubaidin Siwar, “ Sekitar Fiksyen Kanak-kanak ” ; Sekitar Sastera Kanak-kanak dan Remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993.

Scalzi, John, The Rough Guide to Sci-Fi Movies. New York: Rough Guides Ltd., 2005.

Zulkhair, http://ideamenulis.wordpress.com ... an-fiksyen-sains-2/












Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 02:23 AM | Show all posts
Hikayat Perang Firusia


Genre : Thriller / Aksi / Fiksyen Sains


Dalam Hikayat Perang Firusia, angkatan darat Agnus Dei terdiri dari ketumbukan infanteri mekanise yang menggunakan kenderaan tempur Marder dan Boxer.

Kedua dua kenderaan tempur ini digunakan dengan meluas dalam kuantiti yang sangat banyak, sehinggakan ada yang dipasang oleh organisasai Agnus Dei sendiri di Firusia.

Hermann Adler menggunakan Kota Raja sebagai pusat industri perangnya sendiri untuk pembuatan kenderaan tempur dan senjata perang, seolah olah mewujudkan empayar nya sendiri.

Dari mana dia dapatkan sumber tenaga manusia untuk membina senjata perangnya..?

Hermann Adler tidak mengupah pekerja, sebaliknya menggunakan keupayaan teknologi automasi robotik sepenuhnya dengan kilang yang dipenuhi dron berteknologi tinggi untuk membina senjata perang.









http://ilham.karangkraf.com/kary ... =3863&idc=20400



Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 11:10 AM | Show all posts
RAYYAN - ramlee awang murshid....tapi mcm xberapa nk menjadi plak...lagi suka siri sunan tuh....i boleh imagine suasana, watak sama mcm baca harry porter

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.091024 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list