CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13117|Reply: 4

Darul Jenazah [pengurusan jenazah]

[Copy link]
Post time 13-8-2010 09:56 AM | Show all posts |Read mode
Bumijez lancar Darul Jenazah   

2010/08/12
        

   
              
    BUMIJEZ Sdn Bhd, syarikat Bumiputera memperkenalkan Darul Jenazah iaitu pengurusan jenazah berlandaskan prinsip syariah Islam yang sistematik dan bersepadu.

   Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Yusni Ismail, berkata Darul Jenazah adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia, menyediakan khidmat pengurusan secara terbuka dan tertumpu kepada badan khairat kematian.

   Katanya, Darul Jenazah mendapat sokongan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Mufti Negeri Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Hospital Selayang, Hospital Sungai Buloh dan Pusat Perubatan Universiti Malaya.

   “Kami sedang memohon persijilan ISO dan setakat ini, khidmat Darul Jenazah boleh didapatkan di Kuala Lumpur dan Selangor, namun ia akan diperluaskan ke negeri lain seperti Negeri Sembilan dan Johor serta negeri lain yang berminat.

   “Badan khairat dan kebajikan setempat Darul Jenazah terbuka kepada semua pertubuhan, persatuan, NGO Islam, syarikat, masjid atau surau malah kami juga menguruskan jenazah yang tidak dituntut secara percuma,” katanya kepada Bisnes Metro, baru-baru ini.

   Menurutnya, dengan hanya satu panggilan ke talian bebas tol 1800-88-6887, ahli Darul Jenazah akan mendapat perkhidmatan pengurusan jenazah dengan segera.

   Katanya, perkhidmatan lain yang disediakan adalah khidmat nasihat kepada waris, dokumentasi kematian, khidmat sebar berita kematian (100 SMS), pengangkutan van jenazah, memandikan dan solat jenazah, mengebumikan jenazah dan bacaan talkin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-8-2010 09:58 AM | Show all posts
Darul Jenazah


Name          : Mohd yusni ismail
Company           : Darul Jenazah
Handphone : 0129696066

Tel        1800886887 (Toll Free)

Address        No 2-21 Jalan Pju 1a/3j
Taipan Damansara 1
Ara Damansara
47301 Petaling Jaya, Selangor

Kami menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah yang lengkap berlandaskan prinsip syariah islam yang sistematik dan bersepadu.

3 perkhidmatan Darul jenazah

i)Menguruskan Jenazah Di hospital
ii)Menjadi Ahli Darul Jenazah
iii)Badan Khairat dan kebajikan setempat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2010 10:01 AM | Show all posts
Yayasan Islam Terengganu Wujudkan Skuad Pengurusan Jenazah
Posted on June 23, 2010 by akarimomar

KUALA TERENGGANU, 22 Jun (Bernama) — Yayasan Islam Terengganu (YIT) akan menubuhkan skuad jenazah sebagai satu lagi usaha memberi khidmat kepada masyarakat di negeri ini.

Pengarahnya Md Kamaru Al-Amin Ismail berkata pihaknya sedang melatih kakitangan YIT untuk menganggotai unit itu yang menguruskan segala proses yang perlu apabila ada kematian.

Pada masa ini, YIT sudah mengadakan kursus kepada lebih 300 orang kakitangannya dan telahpun menubuhkan satu unit skuad jenazah di peringkat ibu pejabat, katanya kepada Bernama di sini pada Selasa.

Katanya, satu lagi unit skuad jenazah diwujudkan di Institut Pendidikan Islam Kemaman untuk menguruskan jenazah di peringkat daerah Kemaman, katanya.

“Kita akan uruskan segala-galanya termasuk mereka yang mengidap penyakit HIV,” katanya.

Berikutan banyak permintaan bagi mengadakan kursus pengurusan jenazah, Md Kamaru Al-Amin berkata YIT bercadang untuk mengembangkan kursus pengurusan jenazah di kampung-kampung.

Untuk itu, beliau berkata YIT akan menghantar kakitangannya yang terlatih untuk memberikan kursus asas seperti memandi dan mengkafankan jenazah, solat jenazah, bacaan talkin dan pengebumian.

– BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 11:37 AM | Show all posts
brape kos untuk setiap ni?
lelaki dewasa
perempuan dewasa
kanak2
bayi yg meniggal di dlm kandungan lbih 6 bulan
bayi yg meniggal di dlm kandungan kurg 6 bulan
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 11:49 PM | Show all posts
aku tengok website dia ada pakej2 semua. pelik la pulak mcm style cina. boleh siap2 bayar so that bila mati ada la orang arrange semua.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 165297 Replies : 3961
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 5217 Replies : 71
Walaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok tetapi kajian tunjuk wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand.Acik forum bangga?
YgBenarWalaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok
Views : 8530 Replies : 55
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 26824 Replies : 199
Ocean King Fishing Game: Tips and Trik untuk Pemula di 2024
Mega888DownloadOcean King Fishing Game: Tips and Trik u
Views : 1111 Replies : 0
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19935 Replies : 79
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5382 Replies : 41
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71892 Replies : 2932
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 5104 Replies : 4
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 4435 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.583916 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list