CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8279|Reply: 0

Saya harap ini adalah ujian Allah untuk satu kejayaan besar - Azizulhasni

[Copy link]
Post time 20-4-2024 04:19 PM | Show all posts |Read mode

Azizulhasni mengakui hadapi cabaran makin berat pada setiap edisi Sukan Olimpik.

KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang sememangnya berjiwa seorang pejuang.

Meskipun dihimpit dengan masalah kesihatan yang hampir meragut nyawanya, tetapi ia tidak sesekali melunturkan semangatnya untuk meneruskan misi menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024.

Pada April 2022, Azizulhasni yang mesra disapa Jijoe menjalani pembedahan jantung terbuka susulan disahkan mengalami masalah jantung jarang ditemui dikenali sebagai arteri koronari kanan yang menyalur dari aorta di posisi janggal/ganjil (AAORCA) di Hospital Epworth Richmond, Melbourne.

Selepas lebih kurang dua tahun pulih, dia sekali lagi ditimpa ujian apabila perlu mengambil ubat perikarditis - ubatan yang berkaitan dengan jantungnya sejak hujung tahun lalu.


Bagaimanapun, dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, Azizulhasni pada awal tahun ini masih mampu memenangi pingat emas keirin di Piala Negara-Negara UCI di Adelaide, Australia, Januari lalu.

Pasca pembedahan jantung yang dijalani turut menyaksikan Azizulhasni berjaya merekodkan beberapa kejayaan termasuklah memenangi emas acara keirin dan pecut individu pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia di Nilai pada 2023.

Berkongsi mengenai keadaannya ketika ini kepada BH Sukan, pemenang pingat perak keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu, berkata tahap kesihatannya kini lebih baik berbanding sebelum ini.

"Selepas beberapa siri pertemuan dengan pakar jantung di Melbourne dan juga di IJN (Institut Jantung Negara) serta menjalani beberapa siri ujian, tahap kesihatan saya semakin baik dari semasa ke semasa.

"Bagaimanapun, saya masih lagi dalam proses pemantauan dan sentiasa berhubung dengan doktor di IJN dari semasa ke semasa," katanya.

Bekas juara dunia keirin itu, berkata dia menganggap masalah kesihatan yang dialaminya itu sebagai antara cabaran yang perlu ditempuhi bagi menghadapi Olimpik Paris pada Julai depan.

Katanya, setiap temasya Olimpik yang disertai mempunyai cabaran yang tersendiri.

"Dan setiap edisi itu cabaran dia semakin berat dan mencabar dan begitu juga dengan keputusannya selepas itu.

"Saya harap ini adalah ujian daripada Allah untuk bagi saya satu kejayaan besar dan hadiah sebelum saya bersara dengan ujian masalah kesihatan ini.

"Dari segi semangat pula, saya sentiasa positif, optimis dan sentiasa penuh semangat untuk menghadapi Olimpik kali ini. Tambahan ini merupakan penampilan terakhir dan sudah tentu saya akan memberikan segala-galanya," katanya.

Azizulhasni bersama seorang lagi pelumba lelaki iaitu Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan pelumba wanita, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri secara tidak rasminya sudah melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris untuk acara keirin dan pecut individu.

Senarai rasmi pelumba yang layak dijangka dikeluarkan pada Isnin ini.
https://www.bharian.com.my/sukan ... satu-kejayaan-besar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.064201 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list