CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12981|Reply: 0

[Sabah] DBKK raih anugerah 'Asean Clean Tourist City Standards' kali ketiga

[Copy link]
Post time 30-4-2024 11:31 PM | Show all posts |Read mode


ANUGERAH: Sabin (tengah) menerima penyerahan Sijil Anugerah Asean Clean Tourist City Standards daripada Pengarah Jabatan Pelancongan dan Perhubungan Antarabangsa Fauziahton Ag. Samad dan disaksikan oleh beberapa kakitangan pengurusan tinggi dan pegawai kanan DBKK.
KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sekali lagi menerima anugerah 'Asean Clean Tourist City Standards' Peringkat Kebangsaan 2024-2026.

Pengiktirafan itu diterima buat kali ketiga selepas DBKK menerima anugerah yang sama pada 2018-2020 dan 2020-2022.

Setiausaha Bahagian Pembangunan Industri, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Masliza Che Omar menyampaikan anugerah berkenaan kepada Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBKK Robert Lipon yang mewakili Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Seri Dr. Sabin Samitah di Cyberjaya semalam.

Menurut kenyataan DBKK, Standard Pelancongan ASEAN adalah satu ketetapan piawaian oleh negara ASEAN bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dalam industri pelancongan serantau.

Ia selaras dengan Pelan Pelancongan Strategik ASEAN 2016-2025 ke arah menjadikan ASEAN sebagai destinasi unggul di peringkat antarabangsa.

Kejayaan DBKK merangkul anugerah berkenaan adalah berdasarkan pematuhan semua kriteria penilaian ASEAN Clean Tourist City Standard.

Ia adalah piawaian serta panduan utama kepada semua negara ASEAN dalam menyediakan penyampaian perkhidmatan pelancongan yang berkualiti dan berprestasi tinggi.

Pihak MOTAC menjalankan sesi penilaian untuk anugerah berkenaan pada Ogos 2023.

Dalam pada itu, Sabin menerima penyerahan Sijil Anugerah Asean Clean Tourist City Standards di sini hari ini.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.334537 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list