CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18356|Reply: 0

LAGU POPULAR THAILAND TAHUN 2024

[Copy link]
Post time 6-5-2024 12:32 AM | Show all posts |Read mode
GALAKSI VIRAL - Pernah dengar lagu Thailand ? Jika nak tahu, di Asia Tenggara hanya dua negara sahaja yang mempunyai Carta Billboard  Hot 100 Songs iaitu Thailand & Vietnam. Manakala negara Asia Tenggara yang lain seperti Malaysia, Singapura, Indonesia & Filipina hanya mempunyai Carta Billboard Hot 25 Songs sahaja buat masa ini. Ini adalah kerana industri muzik Thailand & Vietnam sangat aktif, mempunyai daya saing tinggi, muzik  berkualiti dan pasaran muzik yang sangat kukuh sehingga ia mampu mengeluarkan beratus-ratus lagu sepanjang tahun untuk peminat muzik tempatan. Oleh yang demikian, mari kita lihat lagu manakah yang paling popular di Thailand ketika ini.





LAGU THAILAND POPULAR TAHUN 2024

01.I LIKE YOU/BACK TIME
Artis : PtrpStudio @ Phattharaphon Sueabunmi
Genre : Thai Pop
Tahun Terbitan : 2022
Catatan :
Lagu ini sangat popular bukan sahaja di Thailand, malah di seluruh negara Asia Tenggara termasuk di Malaysia. Kalau selalu tengok sosial media terutamanya Tik Tok pasti sangat familiar dengan lagu ini. Lagu sempoi tapi comel ini juga menunjukkan lagu Thailand sangat mementingkan identiti muzik mereka  yang tersendiri walau semoden mana pun lagu mereka. Sebab itu kita mudah kenal lagu Thai apabila kita mendengarnya.

Video Muzik I Like You/Back Time




02. CHARM
Artis : LYKN @ Lycan feat Joong & Pond
Genre : Dance/Hip Hop
Tahun Terbitan : 2024
Catatan :
Lagu ini tengah meletop di Thailand kerana ia menampilkan kolaborasi hebat daripada kumpulan BTS versi Thailand bersama dua aktor Thai muda yang semakin meningkat naik ketika ini. Kumpulan LYKN ini juga kerap trending di sosial media Asia Tenggara kerana lagu, bakat, rupa dan nilai komersial yang dimiliki mereka cukup diminati ramai. Video muzik lagu ini juga pastinya akan mengingatkan kita kepada video muzik Dolla Damelo kerana terdapat adegan menari di padang pasir dan  kawasan berair. Koreografi tarian mereka di dalam video muzik Charm ini juga sangat menarik.

Video Muzik Charm

Info lanjut boleh rujuk di sini >>> LAGU POPULAR THAILAND 2024


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.048731 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list