CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2610|Reply: 5

[Tempatan] Pengalaman kali pertama mengundi

  [Copy link]
Post time 11-5-2024 03:32 PM | Show all posts |Read mode
Pengundi kali pertama, pelajar Tingkatan Enam, Yap Yu Heng tiba awal untuk mengundi di pusat mengundi, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khing Ming. - Foto Essa Abu Yamin





KUALA KUBU BHARU: Pengundi mula tiba di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khing Ming seawal jam 8 pagi yang menjadi salah satu daripada 18 pusat mengundi di Kuala Kubu Bharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan hari ini.

Antara yang tiba awal ialah pengundi kali pertama, pelajar Tingkatan Enam, Yap Yu Heng, 19.

"Saya tiba di pusat mengundi di sini pada 7.50 pagi hari ini untuk mengundi memandangkan saya ada program di sekolah nanti," katanya ketika ditemui hari ini.

Katanya, memandangkan ini kali pertama mengundi, dia telah membuat kajian mengenai calon yang bertanding pada pilihan raya kecil itu.

"Saya tahu ada empat calon yang bertanding. Jadi, saya buat kajian lebih awal.

"Saya harap calon yang dipilih menjadi wakil rakyat di sini akan terus mempromosikan dan menambah baik Kuala Kubu Bharu sebagai destinasi pelancongan," katanya.

Sementara itu, calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao tiba di Pusat Mengundi SJKC Khing Ming bersama kakak kembarnya Pang Sock Ying kira-kira jam 8.45 pagi bagi melawat pusat mengundi berkenaan.

Katanya, beliau begitu teruja untuk datang mengundi di Kuala Kubu Bharu.

"Saya bangun seawal jam 7 pagi lagi dan terus bersiap untuk pergi melawat ke Pusat Mengundi di SJKC Khing Ming.

"Saya berharap proses mengundi pada hari ini berjalan lancar dan pengundi dinasihatkan untuk keluar mengundi awal kerana keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Baharu hari ini, menyaksikan pertandingan empat penjuru, antara Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

PRK KKB diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lalu.

Sebelum ini, SPR dilapor memaklumkan seramai 760 petugas dilantik untuk mengendalikan proses PRK DUN Kuala Kubu Bharu manakala 18 pusat mengundi biasa, membabitkan 74 tempat mengundi atau saluran dan dua pusat mengundi awal (tiga tempat mengundi atau saluran awal) akan digunakan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2024 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu diaaaaa muka pengundi millenial.

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu diaaaaa muka pengundi DAP.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
muka mcm tak cukup umo je
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
La rupa cam darjah nam.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Triple_8 replied at 11-5-2024 10:00 PM
Tu diaaaaa muka pengundi DAP.

Chin Peng?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.244591 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list