CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7193|Reply: 0

Novak Djokovic jadi mangsa serangan penyokong

[Copy link]
Post time 11-5-2024 04:09 PM | Show all posts |Read mode

DJOKOVIC dibaling botol minuman ketika melayan peminatnya, namun tidak mengalami kecederaan serius. – AGENSI

ROM – Pemain No. 1 dunia, Novak Djokovic mengalami kece­deraan di kepala selepas diba­ling botol air oleh individu tidak dikenali selepas aksi menentang wakil Perancis, Corentin Moutet pusingan kedua Terbuka Itali awal pagi semalam.

Pada perlawanan kejohanan bertaraf Masters itu, Djokovic tidak mempunyai masalah untuk melakar kemenangan straight-set 6-3, 6-1 untuk lolos ke pusi­ngan ketiga.

Namun, ketika melayan peminat sebelum menuju ke bilik persalinan, Djokovic yang juga pemenang Grand Slam 24 kali telah dibaling botol air sehingga meraung kesakitan di atas ge­langgang.

Menerusi jurucakap Persa­tuan Tenis Itali (FITP), Djokovic yang berusia 37 tahun tidak meng­alami kecederaan yang serius dan terus pulang ke hotel tanpa perlu mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

“Tidak perlu risau kecederaan Djokovic kerana tidak terlalu serius. Kami jangka dia tidak akan menarik diri selepas insiden ini dan pihak keselamatan juga sedang mengenal pasti individu terbabit menerusi rakaman kame­ra litar tertutup (CCTV),” katanya.

Djokovic yang telah bergelar juara enam kali di Terbuka Itali dijadualkan bertemu pemain Chile, Alejandro Tabilo pada aksi pusingan ketiga malam ini.

Sementara itu, pemain pilihan ketiga, Alexander Zverev turut mara ke pusingan ketiga selepas mudah menyingkirkan wakil ­Australia, 6-0, 6-4 semalam. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... g-di-terbuka-itali/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.066815 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list