CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15054|Reply: 4

PH kekal Kuala Kubu Baharu, majoriti berkurang

[Copy link]
Post time 12-5-2024 12:34 AM | Show all posts |Read mode






HULU SELANGOR – Pakatan Harapan (PH) berjaya mengekalkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas merampas kerusi itu daripada MCA pada 2013.


Begitu pun, PH menerusi calonnya, Pang Sock Tao menang dengan majoriti undi lebih rendah iaitu sebanyak 3,869 berbanding 4,119 undi yang dimenangani penyandangnya, mendiang Lee Kee Hiong.


Menerusi saingan empat penjuru, Sock Tao memperolehi 14,000 undi.


Sementara tiga pencabarnya, calon Perikatan Nasional, Khairul Azhari Saut mendapat 10,131 undi manakala calon Bebas, Nyau Ke Xin dan calon Parti Rakyat Malaysia, Hafizah Zainudin masing-masing meraih 188 dan 152 undi.


Pengisytiharan keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK DUN Kuala Kubu Baharu, Yuhanas Audree Kamaruddin di Pusat Pengiraan Undi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor malam ini.


Yuhanas berkata, peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 61.51 peratus dengan 263 kertas undi yang ditolak.


PRK Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kerusi DUN N.06 diisytihar kosong oleh Speaker Dewan Negeri Selangor selepas penyandangnya, mendiang Lee Kee Hiong meninggal dunia 21 Mac lalu.


Sementara itu, dalam sidang akhbar di Pejabat Bahagian UMNO Kuala Kubu Baharu, Sock Tao merakamkan penghargaan kepada semua pengundi yang memberi kepercayaan kepadanya.


Kata Sock Tao, beliau akan menyelesaikan masalah yang menjadi keperluan terdesak penduduk Kuala Kubu Baharu sebagai tugas pertama menjadi wakil rayat DUN itu.


“Inilah kemenangan buat penduduk di Kuala Kubu Baharu dan saya mengucapkan terima kasih kepada mendiang Lee Kee Hiong yang selama ini berdedikasi berkhidmat.


“Saya akan bekerjasama bergerak sebagai satu pasukan untuk menyelesaikan masalah tempatan bagi menjamin kesejahteraan rakyat di sini,” katanya.


Justeru, kata Sock Tao, beliau akan menjadi seorang wakil rakyat kepada semua penduduk Kuala Kubu Baharu tidak mengira kaum, agama serta latar belakang politik.


Tambahnya, perancangan beliau berpindah ke Kuala Kubu Baharu akan dibuat dalam masa terdekat dan kini sedang mencari rumah sesuai untuk berbuat demikian.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2024 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Congrats..nape skit sgt yg kuar mengundi..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
leftrani_kel: Congrats..nape skit sgt yg kua ...


Sb nmpk sgt yg bertandi g xleh harap. Baik gomen baik pembangkang. Kitakan kena undi ikut siapa yg kemampuan[em:4:]
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah... Harap heshe maintain presentable seerti sekarang.. Jangan ikut trend jadi catwalk model or version acik kepam... Aku suka seperti rafidah aziz.. Zeti aziz... Normah norell... Etc freehair LOL
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.047841 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list