CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1002|Reply: 1

[Jenayah] Pelaku simbah asid orang zalim, sadis

  [Copy link]
Post time 12-5-2024 10:21 AM | Show all posts |Read mode
Faisal Halim



Sampai sekarang Belalang keliru dan tertanya-tanya apa sebab ada orang sanggup simbah asid kepada pemain bola sepak negara, Faisal Halim sehingga cedera parah dan terpaksa menjalani beberapa siri pembedahan.

Memang benar Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan kes itu dan orang awam tidak boleh campur tangan, namun dari segi logik akal, mengapa sampai sanggup menganiaya Faisal dengan cara zalim dan sadis.

Selain Faisal, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) masih menyiasat motif sebenar kejadian serangan dan samun terhadap Akhyar Rashid dan Safiq Rahim.
Faisal Halim
Faisal Halim

Kita tidak mahu keghairahan menikmati aksi bola sepak tempatan dicemari dengan 'aksi jenayah' di luar padang sehingga meragut nyawa seperti berlaku di beberapa negara luar.

Paling menyedihkan apabila serangan terhadap Faisal turut menyebabkan Selangor FC membuat keputusan menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim (JDT), kelmarin. Sejauh ini impak serangan terhadap pemain bola sepak kita.

Belalang amat berharap siasatan PDRM nanti bakal menemui motif dan jawapan terhadap serangan kepada pemain bola sepak terbabit dan pelakunya diheret ke muka pengadilan serta dijatuhi hukuman sewajarnya.

Usah nafi jasa UMNO bangunkan negara

Semalam adalah ulang tahun UMNO Ke-78 dan selepas tujuh dekad berdiri, parti keramat orang Melayu itu masih berada dalam 'kelas' tersendiri dalam sistem pentadbiran negara.

Pernah berkuasa selama enam dekad dan menjadi dominan dalam kerajaan sejak merdeka, UMNO juga pernah menjadi pembangkang selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada Mei 2018. Bahkan UMNO mampu menjadi pembangkang yang bertanggungjawab dan berwibawa.

Belalang percaya, generasi rakyat yang hidup hari ini masih terhutang budi kepada UMNO serta BN, walaupun ada yang marah, benci dan anti pada parti itu.

Belalang tidak mahu ulas panjang pasal sejarah UMNO, tetapi rekod UMNO selama ini dalam mencorak dan menentukan dasar negara tidak boleh dinafikan, apatah lagi diperkecilkan, walaupun ada pemimpinnya terpalit dengan isu integriti. Parti lain juga menyaksikan ramai pemimpinnya berdepan isu integriti.

Harapan Belalang, walau parti mana menjadi kerajaan, usah jadikan permusuhan politik terus berlarutan kerana 'hari ini mungkin kita bermusuh, esok lusa mungkin menjadi rakan' seperti berlaku hari ini. Teruskan dengan perjuangan politik matang dan sejahtera.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2024 10:27 AM | Show all posts
Tajuk macam nak update cerita Faisal Halim tapi separuh cerita UMNO. Wartawan Cari pun menunggang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.318317 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list