CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7085|Reply: 0

Pioli akur dikritik penyokong

[Copy link]
Post time 12-5-2024 01:35 PM | Show all posts |Read mode

PIOLI jadi sasaran peminat selepas Milan ketandusan trofi. FOTO AFP

Milan: Jurulatih AC Milan, Stefano Pioli berkata, kritikan dan spekulasi adalah sebahagian daripada tugasnya kerana beliau masih tidak tahu sama ada akan kekal dalam peranan itu untuk musim depan.

Milan menamatkan enam perlawanan berturut-turut tanpa kemenangan dengan menumpaskan Cagliari 5-1, namun tekanan kekal kepada jurulatih itu yang pasukannya hanya mensasarkan tempat kedua dalam Serie A selepas seteru setempat, Inter menjadi juara.

"Kami adalah sebuah kelab besar, terdapat jangkaan yang tinggi, jadi kritikan tajam dijangka, sama seperti pujian meriah apabila anda menang," kata Pioli kepada Sky Sport.

"Itu adalah sebahagian daripada kerja, anda perlu menerima semuanya atau anda melakukan profesion yang berbeza.


"Saya cuba membantu pasukan untuk mengatasi detik-detik sukar dan bermain sebaik mungkin, kadang-kadang ia berkesan, dan kadang-kadang saya membuat kesilapan."

Sebahagian daripada peminat Milan mengadakan protes pada perlawanan itu, menuntut penjelasan daripada pihak pengurusan mengenai rancangan kelab selepas dua musim tanpa trofi.

Kelab itu menamatkan kempen Liga Europa mereka pada suku akhir bulan lalu dengan tewas kepada AS Roma.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -dikritik-penyokong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.135455 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list