CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7137|Reply: 0

[Selangor] Warga asing keras kepala, terus menjaja secara haram di kaki lima

[Copy link]
Post time 12-5-2024 04:50 PM | Show all posts |Read mode

ANTARA warga asing yang menjalankan perniagaan di Jalan Silang, Kota Raya. FOTO Saifullizan Tamadi

Kuala Lumpur: Lambakan penjaja warga asing menjual pelbagai jenis barangan termasuk makanan dan sireh secara haram di kaki lima mencacatkan suasana di sekitar ibu negara.

Tinjauan Harian Metro di beberapa lokasi antaranya sekitar Lebuh Pudu, Jalan Petaling dan Kota Raya mendapati ramai pendatang asing serta segelintir warga tempatan yang menjaja secara 'rambo' di bahu jalan.

Seperti biasa kehadiran wartawan yang membuat tinjauan dan mengambil gambar disambut dengan pandangan tajam daripada segelintir warga asing terbabit.

Penjaja berkenaan menjual pelbagai jenis barangan terutama makanan dan manisan dari negara asal mereka, rokok, sirih, pakaian terpakai atau bundle dan kerepek.


Kegiatan mereka bukan saja mencacatkan suasana di ibu negara malah mengakibatkan persekitaran menjadi kotor dan tambah menjijikkan dipenuhi kesan ludahan kapur yang dimakan bersama sirih di beberapa lokasi tumpuan buruh asing.

Antara golongan warga asing yang kerap ditemui terdiri daripada warga Bangladesh, Rohingya dan Indonesia yang menjalankan perniagaan di lokasi tertentu.

Peniaga warga asing berkenaan terdiri daripada semua golongan tidak kira lelaki, wanita malah ada juga kanak-kanak yang dilihat menjual sirih di kaki lima sekitar Lebuh Pudu, di sini.

Mereka terus berkeras kepala menjaja secara haram di kaki-kaki lima walaupun tindakan penguatkuasaan sering dilaksanakan pihak berkuasa khususnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Bagaimanapun, tinjauan Harian Metro di beberapa kawasan yang pernah tular sebelum ini mendapati tiada atau semakin kurang penjaja haram berniaga selepas tindakan dikenakan antaranya sekitar Jalan Hang Jebat dan Bukit Bintang, di sini.

Semalam Harian Metro melaporkan tindakan warga asing dan tempatan menjual barangan basah di kaki lima berhampiran Jalan Hang Jebat bukan hanya salah di sisi undang-undang, bahkan merosakkan imej ibu negara.

Ini kerana 'pasar mini' itu dibuka berhampiran Merdeka 118, salah satu mercu tanda di ibu negara dan ia menerima kecaman ramai selepas tular di media sosial.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -haram-di-kaki-lima
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.144837 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list