CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6920|Reply: 0

[Sabah] Kerajaan negeri komited bawa pembangunan kepada rakyat

[Copy link]
Post time 12-5-2024 07:06 PM | Show all posts |Read mode


PENGHARGAAN: Hassan (dua kiri) menerima cendera kenangan daripada Pegawai Daerah Kalabakan, Muhammad Haji Mohd Ali.
KALABAKAN: Kerajaan Negeri sentiasa berusaha membawa pembangunan dan kemajuan kepada rakyat khususnya di kawasan luar bandar.

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sebatik, Datuk Hassan A Gani Pg Amir berkata, kerajaan yang diterajui juga sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dalam setiap rancangan pembangunannya.

Katanya, kerajaan negeri juga komited menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh rakyat yang telah diwarisi dari kerajaan yang lalu.

“Isu kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik akan terus diberi perhatian dengan sebaik supaya dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Kita tidak akan membiarkan masalah itu berlarutan seperti kerajaan yang lalu, sebaliknya terus berusaha menyelesaikan demi kemudahan rakyat yang telah memberi mandat kepada kerajaan”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kalabakan di Dewan Terbuka Pejabat Daerah Kalabakan di sini semalam.

Hassan berkata, rakyat perlu terus menyokong kerajaan negeri agar segala perancangan yang telah dibuat untuk kepentingan rakyat dapat diteruskan dan dilaksanakan tanpa terganggu.

Katanya, rakyat juga perlu terus bersatu padu kerana perpaduan kaum adalah tunggak utama kepada pembangunan dan kesejahteraan negeri.

“Kita bersyukur kerana hasil persefahaman dan perpaduan rakyat berbilang kaum, maka kita dapat bersama-sama menyambut pelbagai perayaan dengan harmoni.

“Program ini adalah tahun kedua Pejabat Daerah Kalabakan menganjurkan sambutan Pesta Kaamatan yang diraikan rakyat berbilang kaum dan agama,” katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.284013 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list