CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 448|Reply: 0

EPL: Arsenal ‘bedil’ Manchester United

[Copy link]
Post time 13-5-2024 10:38 AM | Show all posts |Read mode

Leandro Trossard meraikan jaringan yang dilakukan bersama rakan sepasukan sebentar tadi.

MANCHESTER – Pasukan Arsenal mempamerkan mentaliti juara untuk menewaskan seteru tradisi, Manchester United 1-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Old Trafford sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, skuad The Gunners kendalian Mikel Arteta membariskan kesebelasan terbaik dengan Kai Havertz, Bukayo Saka dan Leandro Trossard mengemudi jentera serangan.

Pasukan tuan rumah bimbingan Erik Ten Hag pula menggunakan khidmat Rosmus Hojlund, Alejandro Garnacho serta Amad Diallo manakala kapten, Bruno Fernandes disisihkan ekoran kecederaan.

United dilihat mendominasi perlawanan di awal saingan dengan melakukan beberapa siri asakan ke kubu pasukan pelawat.

Namun, tuah lebih memihak kepada Arsenal yang berjaya membuka tirai jaringan hasil ledakan Trossard selepas menyudahkan umpanan Havertz pada minit ke-20.

Bersambung pada babak kedua, United terus menggandakan asakan dalam usaha memburu gol penyamaan dan berjaya meraih percubaan tepat pertama menerusi Casemiro.

Arsenal turut mencuba nasib untuk melebarkan kedudukan tetapi percubaan kapten, Martin Odegaard berjaya diselamatkan oleh penjaga gol The Red Devils, Andre Onana.

Kedua-dua jurulatih melakukan pertukaran bagi meraih jaringan tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan tersebut menyaksikan Arsenal memintas kembali kedudukan pendahulu EPL dengan perbezaan satu mata berbanding pencabar terdekat, Manchester City. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... -manchester-united/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.512115 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list