CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 651|Reply: 0

[Selangor] Selamba masak mi segera di stesen minyak

[Copy link]
Post time 13-5-2024 11:27 AM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video tersebut yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Tindakan sekumpulan individu ‘berkelah’ di sebuah stesen minyak di Genting Highlands mendapat kecaman orang ramai.

Menerusi sebuah video berdurasi satu minit dua saat yang tular di media sosial mendapati, beberapa individu bertindak melepak di stesen minyak tersebut sambil memasak mi segera.

Di dalam video itu turut kelihatan terdapat sebuah kereta peronda memasuki stesen berkenaan berikutan terdapat ramai individu berkumpul di stesen minyak tersebut.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan kumpulan terbabit yang tidak menghiraukan keselamatan dengan menggunakan dapur gas di dalam kawasan stesen minyak selain turut mengganggu pengguna lain.

“Kalau dah buat ‘gathering’ begini habis orang nak isi minyak tu macam mana? Berseronok tanpa susahkan orang tak boleh ke?,” soal Annaz.

“Memasak berdekatan dengan stesen petrol? Perangai pelik-pelik jelah puak ni. Dahlah api terbuka pulak tu, sebelah bahan mudah terbakar. Elok sangatlah tu. Harap kena saman,” kata User.

“Buat sesak. Menyusahkan orang lain nak isi minyak. Entah minta kebenaran pemilik stesen minyak ke tak. Kalau tak ada kebenaran, paling kesian cashier (juruwang). Mesti kena maki sebab tak halau dan biarkan geng ni lepak situ,” kata Akhmar.

“Langsung tak fikir keselamatan orang lain. Harap pihak berkuasa ambil tindakan tegas dekat mereka ini,” kata Mann. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... a-di-stesen-minyak/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.049577 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list