CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4109|Reply: 11

[Tempatan] 1,238 penghuni PPR, RSK di Johor diusir tidak patuhi terma

[Copy link]
Post time 13-5-2024 03:57 PM | Show all posts |Read mode
1,238 penghuni PPR, RSK di Johor diusir tidak patuhi terma

https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... tidak-patuhi-terma/

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI
13 Mei 2024, 2:55 pm


Gambar hiasan.

ISKANDAR PUTERI – Seramai 1,238 penghuni yang sebelum ini mendiami Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Sewa Kerajaan (RSK) telah diminta keluar kerana menduduki kediaman itu tanpa mengikut syarat dan terma ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor sehubungan itu berkata, tindakan itu diambil selepas pihaknya melakukan kemas kini dokumen perjanjian dan profiling penduduk, sejak tahun 2022.

Menurut beliau, antara kesalahan yang dilakukan termasuklah sewa atas sewa atau sublet.

“Terdapat sebanyak 19,632 unit kediaman melibatkan 15 PPR dan tujuh RSK di negeri ini. Sejak 2022 lalu, kita telah selesai melakukan profiling terhadap 97 peratus unit kediaman berkenaan. Dalam tempoh tersebut, kita telah kenal pasti 1,238 penghuni yang melanggar syarat menduduki, termasuklah 613 kes yang melakukan sublet.

“Mereka dapat kediaman itu dengan harga sewa RM250 sebulan, tetapi kemudian disewakan kepada pihak ketiga dengan harga berkali ganda.

“Kesemua penghuni itu telah diberikannya notis selama 14 hari untuk mengosongkan kediaman, dan pihak yang berdegil telah diminta keluar dengan bantuan polis dan melalui pemotong bekalan air,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, di Kota Iskandar, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2024 04:05 PM | Show all posts
mesti ramai monyet meraung meratap hiba salahkan kerajaan sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 04:46 PM | Show all posts
terbaik lah ntah2 bangla duduk
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus.
Harap2 dbkl pun buat yg sama
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 05:15 PM | Show all posts
Bagus tindakan kerajaan tempatan Johor.. Benda baik kita sokong..
Satu lagi harap2 tengok juga apartment yang disewakan terutama di KL  sampai buat byk partition untuk tambah bilik.. Ruang tamu jadi bilik hingga menyekat pengudaraan. Maksudnya balcony dah jadi sebahagian dari bilik dan tak dapat di kongsi oleh penghuni lain. Lagi satu keselamatan sb hanya ada satu laluan keluar masuk iaitu pintu depan sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
@EJALTI takdak thread pokok tumbang kat jalan pinang ka?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2024 05:56 PM | Show all posts
nafizzz replied at 13-5-2024 05:15 PM
Bagus tindakan kerajaan tempatan Johor.. Benda baik kita sokong..
Satu lagi harap2 tengok juga apart ...

ini berlaku juga di PPAM di putrajaya ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 05:57 PM | Show all posts
bagus buat mcm ni
yang merempan kata tak mampu nk cari rumah lain ke apa
sila meninggal
DBKL bila nk buat?
alangkan yang renovate rumah pn  DBKL buat pejam mata je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2024 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Harapnya negeri2 lain  pun ambil tindakan yg sama. Byk Sgt guna kroni sampai yg lbh dr berkempuan yg dpt
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
gekkou replied at 13-5-2024 05:56 PM
ini berlaku juga di PPAM di putrajaya ni

Ppam bukan depa beli terus kan unit tu
Kalau dlm spa takde mention pasal sewa boleh je nak sewakan
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang dapat pun guna kabel kot. Tue psl boleh sewakan bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tampar je muka diorang yang tak nak keluar tu....bagi pada orang yang memerlukan...jangan bagi pada orang yang minta penampar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.057748 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list