CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7574|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Bapa lima anak menyamar KP Johor didenda RM1,000

[Copy link]
Post time 13-5-2024 04:21 PM | Show all posts |Read mode

Ganasean ketika dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini. - Foto oleh SADDAM YUSSOF / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang pengurus bangunan yang menyamar sebagai Ketua Polis Johor konnonya untuk melepaskan 11 tahanan sebuah agensi penguatkuasaan, mengundang padah apabila dia didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret, Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim menjatuhkan hukuman itu terhadap A. Ganasean, 51, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah memerintahkan lelaki itu dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah memperdaya seorang individu, dengan menyamar sebagai ketua polis Johor.

Kesalahan itu dilakukan di Bandar Baru Sentul, di sini pukul 8.35 malam pada 6 Mei lalu yang didakwa mengikut Seksyen 416 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum bawah Seksyen 417 kanun sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding peguam, S.Narasimhan yang mewakili tertuduh merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman denda pada kadar yang minimum tanpa pemenjaraan.

Menurutnya, Ganasean perlu menanggung isteri dan lima anak termasuk dua daripadanya masih bersekolah.

“Dia malu dengan isteri dan anak-anaknya kerana melakukan kesalahan berkenaan, selain kesal, insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kes sama di masa depan,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Eleena Jamaluddin Akbal memohon, mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

“Kesalahan ini tidak boleh dipandang ringan kerana dia sengaja menyamar sebagai ketua polis Johor demi “personal banefit” (keuntungan diri sendiri),” katanya.

Mengikut fakta kes, pengadu telah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mengaku sebagai Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M.Kumar dan menawarkan sebanyak RM1,500 bagi pembebasan setiap seorang dari 11 orang tahanan berkenaan.

Pengadu bagaimanapun tidak membuat sebarang persetujuan dan bayaran susulan tawaran itu. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... hor-didenda-rm1000/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.050294 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list