CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2931|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis kejar kereta suspek pukul warga asing sejauh 20km

[Copy link]
Post time 13-5-2024 07:29 PM | Show all posts |Read mode
Polis kejar kereta suspek pukul warga asing sejauh 20km


Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my



TANGKAP layar video tular memaparkan MPV polis mengejar kereta dipandu suspek. FOTO media sosial





Butterworth: Polis mengejar kenderaan dipandu seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes pukul warga asing sejauh 20 kilometer (km) sebelum ditahan di Plaza Tol Sungai Nyior, di sini, petang semalam.

Terdahulu, tular video berdurasi lebih 30 saat di media sosial memaparkan tiga kenderaan peronda polis (MPV) mengejar kereta berwarna hitam yang cuba meloloskan diri.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, insiden terbabit berlaku 3.30 petang semalam apabila suspek enggan memberi kerjasama ketika anggota polis mahu menahannya.

"Sebelum itu, suspek lelaki warga tempatan berusia 40-an itu disyaki memukul seorang warga asing di Pusat Perniagaan Alma di Bukit Mertajam.

"Berikutan itu, anggota MPV cuba menahan kereta dipandu suspek namun ketika menghampiri kenderaan berkenaan pemandunya memecut laju.

"Anggota MPV kemudian bertindak mengejar suspek dan mengarahkannya berhenti namun suspek enggan, bahkan didapati suspek melanggar motosikal sebelum ditahan di Plaza Tol Sungai Nyior," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Helmi berkata, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan suspek menemui botol plastik yang diubah suai disyaki digunakan untuk menghisap dadah.

"Suspek bersama kenderaannya dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah untuk siasatan lanjut.

"Hasil siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah dan ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atasnya juga mendapati dia positif dadah methamphetamine " katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Disiarkan pada: Mei 13, 2024 @ 7:07pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.136753 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list