CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6411|Reply: 8

[Politik] Muhyiddin pemimpin yang tiada galang ganti, kata Faizal Azumu

[Copy link]
Post time 14-5-2024 08:50 AM | Show all posts |Read mode
Muhyiddin pemimpin yang tiada galang ganti, kata Faizal Azumu
Shakira Buang
Diterbitkan:  May 13, 2024 8:00 PM



Tidak pernah terlintas sama sekali di fikiran pemimpin atasan Bersatu untuk meminta presiden mereka, Muhyiddin Yassin, mengundurkan diri, kata Ahmad Faizal Azumu.

Tambah timbalan presiden Bersatu itu lagi, ia semakin kukuh apabila mereka menganggap tidak ada galang ganti buat sosok seperti Muhyiddin.

Ketika ini, kata Ahmad Faizal, Bersatu masih memerlukan kepemimpinan Muhyiddin sama ada untuk parti itu ataupun PN sebagai sebuah gabungan pembangkang utama.

"Pandangan Zaid Ibrahim (agar Muhyiddin berundur) itu saya anggap pandangan (bebas) masing-masing, tetapi saya yang berada dalam kepimpinan PN, kami melihat Tan Sri Muhyiddin ini masih lagi diperlukan dan kepimpinan dia masih lagi tak ada galang gantinya dalam PN.

“Jadi, terima kasihlah (atas nasihat yang diberikan), tapi kami tak terlintas pun di fikiran untuk membincangkan perkara itu pun.

"We are doing alright (kami baik-baik saja),” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Bekas Menteri Besar Perak itu berkata demikian selepas diminta mengulas pandangan Zaid - yang juga bekas menteri undang-undang - agar dua pemimpin utama PN mengundurkan diri.


Muhyiddin Yassin


Dua individu yang disebut Zaid ialah Muhyiddin dan Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi merupakan presiden PAS dan timbalan pengerusi PN.

Kenyataan Zaid itu hadir dua hari selepas PN gagal merampas kerusi DUN Kuala Kubu Bharu dalam pilihan raya kecil (PRN) yang diadakan pada Sabtu lalu.

Semalam, Zaid dilapor menasihatkan Muhyiddin dan Abdul Hadi agar memberi laluan kepada pemimpin muda dengan idea baru mengemudi PN bagi menghadapi politik semasa.

Katanya, PH mencatat kemenang besar kerana PN tiada apa-apa yang boleh ditawarkan kepada pengundi lagi.

Kukuh dari semasa ke semasa

Sebagai contoh, kata Zaid, Muhyiddin cuma kerap bercakap tentang pencapaiannya ketika menjadi perdana menteri, manakala taktik menakut-nakutkan orang Melayu kepada DAP oleh Abdul Hadi tidak lagi terpakai.

PRK Kuala Kubu Bharu dimenangi calon PH, Pang Sock Tao, yang menewaskan tiga pencabar lain termasuk yang utama dari PN, Khairul Azhari Saut dengan perbezaan 3,869 undi.

Khairul Azhari yang juga pemangku ketua Bersatu Hulu Selangor memperoleh 10,131 undi, Nyau Ke Xin sebagai calon bebas (188 undi) dan Hafizah Zainuddin dari Parti Rakyat Malaysia (152 undi).

Kata Ahmad Faizal, Bersatu menghargai apa yang dinyatakan Zaid dan ia mungkin menunjukkan ahli politik terbabit menyokong parti berkenaan.

“Kami ucapkan terima kasih dan saya pasti pemimpin besar macam Muhyiddin tahu bila masa nak sesuai berundur dan semuanya dibuat atas pertimbangan parti, bukan peribadi.

“Kami juga yakin dengan sokongan penyokong tegar kami yang akan mengukuhkan Bersatu dan PN dari semasa ke semasa untuk menghadapi sebarang pilihan raya," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2024 08:53 AM | Show all posts
baik ganti dari skrg dari tggu kehancuran.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 09:00 AM | Show all posts
kenyataan sampah
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah dia dok fund party csmana nak ganti
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 11:09 AM | Show all posts
dia punya jilat ni ada makna kot.takut kena baham geng2 kartel jemin.abahcow kena la payung
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku setuju....chief tebuk atap teda dua nya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2024 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Haha time orang tu nak resign takde pun beria suruh tarik balik. Terpaksa wife sendiri step in pujuk jangan berenti dulu. Macam lah orang tak tau.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat TT dah ada lagu utk walaun...mcm kena je muhahahaha
Hebat sort nutizen membahan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2024 12:14 PM | Show all posts
LAWAK ANTARABANGSA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.067701 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list