CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3563|Reply: 0

[Selangor] Akaun Fleksibel KWSP: Ada yang sudah berjaya keluarkan duit

[Copy link]
Post time 14-5-2024 12:07 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah membuat permohonan pengeluaran simpanan mereka daripada Akaun Fleksibel dikatakan mula menerima pengkreditan ke akaun bank peribadi masing-masing sejak pagi tadi.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, segelintir pencarum meluahkan rasa syukur selepas proses pengkreditan berjaya dalam tempoh tiga hari sahaja.

“Syukur Alhamdulillah. RHB (RHB Bank Berhad) juara paling awal masuk pengeluaran khas KWSP,” kata Zikri.

“Alhamdulillah, dah masuk (simpanan KWSP) walaupun nilai tak la besar mana, bagi saya sangat membantu dalam keadaan sekarang. Terima kasih permudahkan urusan,” kata Amirul Syafiz.

“Alhamdulillah, rezeki suami isteri dan anak-anak,” ujar Zack Fyra.

Dalam pada itu, hasil perkongsian beberapa pencarum memaklumkan, wang yang dikeluarkan itu sudah selesai digunakan bagi membeli barang keperluan dan ada juga dimanfaatkan untuk membayar hutang lama, pagi ini.

“Berjaya keluarkan RM200 beli barang basah di pasar tadi. Alhamdulillah, rezeki duit masuk awal,” luah Ayuni.

“Selesai bayar hutang guna simpanan KWSP. Ada juga kegunaan yang baik dari pengeluaran kali ini. Mana yang berhutang itu, dah berjaya keluarkan duit, baik bayar hutang. Jangan sibuk nak tukar sport rim sahaja,” pesan Achik.

Terdahulu, KWSP dalam kenyataan berkata, pengeluaran Akaun Fleksibel boleh dilakukan pada bila-bila masa dengan had pengeluaran minimum RM50, dan terhad kepada baki dalam akaun ahli sahaja.

Jelas KWSP, bayaran bagi pengeluaran daripada akaun itu akan dibuat secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

Untuk proses pengeluaran Akaun Fleksibel, ahli tidak perlu hadir di Pejabat KWSP kerana pengesahan identiti boleh dibuat secara dalam talian. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... aya-keluarkan-duit/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.047922 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list