CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3343|Reply: 0

Penyokong Arsenal sindir bumbung Old Trafford bocor

[Copy link]
Post time 14-5-2024 12:54 PM | Show all posts |Read mode

Komen seorang peminat di laman sosial yang turut menyertakan gambar suasana di Old Trafford selepas hujan lebat dan ribut petir kelmarin.

LONDON: Keadaan Old Trafford yang semakin uzur terbongkar apabila Manchester United mengalami 'kebocoran' di dalam mahupun di luar padang.

Ketika United tumbang 1-0 di tangan Arsenal, yang meneruskan cabaran kejuaraan ke atas juara bertahan Manchester City, ribut petir membadai stadium berusia 114 tahun itu.

Air dilihat mencurah-curah dari satu sudut gelanggang itu manakala video di media sosial menunjukkan banjir melanda di bawah tempat duduk dan juga tempat terowong pemain menuju ke bilik persalinan.

United berkata hujan setebal 4 sentimeter turun dalam tempoh dua jam selepas wisel penamat – lebih banyak daripada sepanjang bulan Mei tahun lalu – tetapi penyokong kedua-dua kelab meninggalkan stadium dengan selamat.


Banjir itu bertepatan dengan lawatan pemimpin Parti Buruh dan peminat Arsenal dengan tiket bermusim, Sir Keir Starmer sebagai tetamu Datuk Bandar Greater Manchester Andy Burnham, yang bertemu dengan Lord Coe dan pemilik minoriti United, Sir Jim Ratcliffe terlebih dahulu untuk membincangkan masa depan Old Trafford.

Coe adalah ketua pasukan petugas khas yang merancang untuk membangunkan semula stadium dan kawasan sekitarnya.

United menyokong impian Ratcliffe untuk merobohkan Old Trafford dan membina 'Wembley di Utara' dengan kos hingga £2 bilion (RM11.87 bilion), tetapi akan mempertimbangkan untuk mengubah suai stadium sedia ada jika ia tidak dapat dilaksanakan.



Pemilik minoriti Manchester United, Jim Ratcliffe (tengah) bersama pemimpin Parti Buruh, Keir Starmer (kiri) menyaksikan perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Arsenal di Old Trafford, Manchester kelmarin. – Foto AFP

Ratcliffe menjanjikan £237 juta (RM1.4 bilion) untuk menaik taraf Old Trafford sebagai sebahagian daripada pelaburan £1.3 bilion (RM7.71 bilion) di United, tetapi banjir kelmarin menjadi peringatan banyak lagi yang diperlukan untuk menutup segala kekurangan.

Ketika penyokong pelawat berseronok dengan menyanyikan 'Old Trafford is falling down', peminat United menyatakan keadaan stadium yang uzur itu disebabkan pengabaian keluarga Glazer selama 19 tahun berkuasa.

"Sungguh memalukan, merumuskan pengabaian yang dilakukan Glazers terhadap usaha menjaga dan menyelenggara Old Trafford dan Carrington," tulis seorang peminat di laman X.

Seorang lagi menulis: "Peminat United berhak mendapat yang lebih baik!! Betulkan bumbung itu!!!" dan yang ketiga berkata: "Kelab merudum dalam setiap aspek."

"Mereka masih belum membaiki bumbung? Kasihan kepada orang yang duduk betul-betul di bawah lubang siling," kata seorang lagi.

Pengerusi bersama Avram Glazer berada lebih 300 kilometer dari Old Trafford di Royal Box, Wembley ketika pasukan wanita United menewaskan Tottenham untuk menjulang Piala FA. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... -old-trafford-bocor
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.075057 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list