CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3303|Reply: 0

[Perlis] Kerajaan Perlis, SPRM jalin kerjasama wujudkan Unit Integriti

[Copy link]
Post time 14-5-2024 01:02 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan Perlis, SPRM jalin kerjasama wujudkan Unit Integriti

OlehROSLINDA HASHIM

14 Mei 2024 12:34pm








Mohd Shukri (dua dari kanan) ketika menerima kunjungan hormat Mohd Nor Adha (dua dari kiri) pada Isnin.




KANGAR - Kerajaan Perlis akan menjalin kerjasama bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam mewujudkan Unit Integriti di pejabat menteri besar.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, SPRM Perlis telah menyatakan komitmen untuk memberikan kerjasama baik dalam merealisasikan hasrat itu selain memastikan pengurusan kerajaan negeri dapat diurus tadbir dengan lebih baik.



Menurutnya, diharap kerjasama tersebut akan dapat membimbing pengurusan negeri daripada terjebak dalam aktiviti salah guna kuasa mahupun rasuah.

“Saya bersyukur SPRM Perlis menerima baik cadangan saya untuk wujudkan Unit Integriti dalam Pejabat Menteri Besar Perlis.



“Moga ALLAH SWT pandu kami semua,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook miliknya pada Isnin.

Mohd Shukri memaklumkan perkara itu selepas menerima kunjungan hormat SPRM Perlis, diketuai oleh Pengarahnya, Mohd Nor Adha Ab Ghani.



Mohd Nor Adha menandatangani buku pelawat sambil disaksikan Mohd Shukri di pejabat Menteri Besar Perlis.




“Pelbagai perkara yang kami bincangkan terutamanya yang melibatkan pengurusan dan pentadbiran kerajaan,” jelasnya lagi.


Menurutnya, antara topik yang menjadi perbincangan termasuk kaedah pencegahan salah laku yang terbaik dalam melibatkan pengurusan kerja.

Pada 2 Mei lalu, Mohd Shukri memaklumkan hasrat kerajaan negeri mempertimbangkan untuk wujudkan Unit Integriti di pejabat Menteri Besar bagi memastikan urus tadbir negeri cekap dan bersih.

Menurutnya, ia susulan perkembangan yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri itu yang dikaitkan dengan salah guna kuasa dan rasuah menyebabkan beliau mahu mewujudkan unit tersebut.

"Insya-ALLAH, kita melihat kelemahan yang ada, kita perbaiki sebaiknya, jika tiada halangan kita akan wujudkan Unit Integriti dalam pejabat Menteri Besar dengan meletakkan Pegawai SPRM,” katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.055288 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list