CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2735|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kes pokok tumbang: PBT diarah periksa semua pokok

[Copy link]
Post time 14-5-2024 02:31 PM | Show all posts |Read mode
Kes pokok tumbang: PBT diarah periksa semua pokok

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

14 Mei 2024 01:51pm








Kejadian pokok tumbang selepas hujan lebat dan angin kuat pada Sabtu. Gambar kecil: H"ng Mooi Lye




GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang telah mengeluarkan memo kepada kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) untuk membuat pemeriksaan secara berkala terhadap semua pokok di negeri ini.

Ia bagi membolehkan keadaan semua pokok di bawah seliaan PBT terutamanya yang telah berusia berada dalam keadaan selamat.



Exco Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa, H'ng Mooi Lye berkata, terdapat berjuta batang pokok yang perlu diperiksa dan dipantau setiap bulan bagi membendung kejadian pokok tumbang di negeri ini.

"Isu tentang pokok tumbang ini, memang saya telah keluarkan surat kepada kedua-dua PBT supaya mereka buat pemeriksaan terhadap semua pokok di bawah seliaan mereka. Mereka perlu menyerahkan laporan pemeriksaan kepada saya pada minggu ini.



"Kedua-dua PBT di setiap daerah, mereka ada pegawai-pegawai yang memantau dan rondaan. Selain itu, mereka juga ada melantik kontraktor untuk memangkas pokok-pokok ini," katanya.

Sebelum itu, Mooi Lye hadir di Majlis Perasmian Projek Naik Taraf Terminal Bas Sungai Nibong (TSN) di Sungai Nibong, di sini pada Selasa.

Jelas beliau lagi, sekiranya kerajaan negeri menerima aduan mengenai keadaan pokok yang tidak selamat, pihak PBT akan mengambil tindakan sepatutnya untuk mengelak perkara yang tidak diingini.

"Dalam Akta Kerajaan Tempatan, jika ada pokok yang telah mencapai ukur lilit tertentu, ia dilarang untuk ditebang. Ia perlu mendapat kelulusan daripada jawatankuasa PBT.


"Kita juga akan memastikan usia pokok antara 80 hingga melebihi 100 tahun berada dalam keadaan yang baik," katanya.

Sebelum ini, lima buah kereta dilaporkan rosak akibat dihempap pokok yang tumbang gara-gara hujan lebat dan angin kencang di negeri ini.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden pokok tumbang itu.

Kejadian pokok tumbang telah merosakkan pagar dan struktur bangunan di lokasi berhampiran.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.061555 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list