CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5076|Reply: 0

Liverpool buru bintang Newcastle

[Copy link]
Post time 14-5-2024 03:37 PM | Show all posts |Read mode

Penyerang Newcastle, Anthony Gordon (kiri) melepasi kawalan pemain Brighton, Facundo Buonanotte pada alsi Liga Perdana Inggeris di St James’ Park, Sabtu lalu. – Foto premierleague.com

LONDON: Liverpool dilaporkan sedia menimbang untuk membida £100 juta (RM593 juta) terhadap seorang bintang utama Newcastle United.

Kelab itu bersedia bagi era selepas Jurgen Klopp dan sudah memikirkan mengenai pembelian pertama jurulatih baharu Arne Slot.

Sementara itu, The Magpies dijangka menjual sekurang-kurangnya seorang tonggak utama pada musim panas ini bagi mematuhi peraturan keuntungan dan kelestarian Liga Perdana Inggeris.

Pemain seperti Alexander Isak, Anthony Gordon dan Sean Longstaff semuanya disenaraikan dalam perbincangan itu.


Namun seorang pemain yang menarik perhatian Liverpool adalah Gordon, menurut akhbar Daily Star.

Gordon, 23, menyertai Newcastle dari Everton dengan harga £45 juta (RM267 juta) pada Januari 2023 dan muncul salah seorang pemain terhebat mereka selepas permulaan hambar.

Dia berjaya mengetuk pintu skuad England kendalian Gareth Southgate menjelang Euro 2024 susulan kempen menakjubkan dengan 11 gol dan 11 umpanan gol.

Berita mengaitkannya dengan Liverpool hadir kurang sebulan selepas dia mengakui Steven Gerrard adalah idolanya ketika membesar.

Gordon adalah peminat Liverpool ketika remaja tetapi dilepaskan oleh kelab itu pada usia 11 tahun sebelum menyertai Everton, yang mana dia kemudiannya tampil dalam skuad utama.

Dia melakukan 78 penampilan dalam enam musim bersama The Toffees dan menjadi tonggak utama dalam 18 bulan terakhirnya di kelab itu. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... u-bintang-newcastle
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.045428 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list