CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3769|Reply: 0

[Kelantan] Kenderaan kurang masuk... 'keadaan tengah panas'

[Copy link]
Post time 14-5-2024 05:14 PM | Show all posts |Read mode

Stesen minyak di sini lengang sejak semalam susulan pendedahan sindiket penyeludupan minyak menggunakan kenderaan dan nombor pendafaran Malaysia untuk menyedut petrol sebelum dihantar ke Thailand. Foto Nik Abdullah Nik Omar

Rantau Panjang: Beberapa stesen minyak, di sini lengang sejak semalam susulan pendedahan sindiket penyeludupan yang menggunakan kenderaan dan nombor pendaftaran Malaysia untuk menyedut petrol bersubsidi sebelum dihantar ke Thailand.

Tinjauan di lokasi mendapati hanya beberapa kenderaan sahaja kelihatan memasuki premis berkenaan untuk mengisi minyak dalam tempoh satu jam.

Situasi itu jauh berbeza ketika tinjauan pertama minggu lalu, dengan keadaan stesen yang sesak sehingga kenderaan terpaksa beratur untuk mengisi minyak.

Tinjauan turut mendapati, terdapat pacuan empat roda Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berada di kawasan sekitar bagi memantau aktiviti stesen minyak terbabit.


Pemandu kereta sewa yang mahu dikenali sebagai Abdullah, 60, berkata, sejak semalam keadaan di stesen lengang dan jauh berbeza dengan sebelum ini.

"Jika sebelum ini waktu pagi pun sudah berpusu-pusu kenderaan masuk ke stesen minyak, namun sejak semalam tiada dan hanya kelihatan beberapa kenderaan sahaja.

"Saya tidak tahu kenapa, cuma ada dengar 'keadaan tengah panas', lanjutnya saya tidak tahu. Saya juga melihat ada anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memantau stesen minyak," katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, sindiket penyeludupan petrol kini menggunakan taktik terbaru dengan menggunakan kenderaan dan nombor pendaftaran Malaysia untuk menyedut petrol sebelum menghantar bekalan terbabit ke Thailand.

Taktik berkenaan dikesan mula aktif sejak awal tahun ini dengan kebanyakan mereka yang didalangi warga Thailand menggunakan kereta Proton Waja, memandangkan tangki minyak yang lebih besar berbanding kenderaan lain.

Mereka sanggup membeli kenderaan Malaysia semata-mata untuk tujuan berkenaan dengan setiap sindiket mempunyai sekurang-kurangnya tiga kenderaan untuk kegiatan menyeludup minyak.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... eadaan-tengah-panas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.056110 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list