CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15349|Reply: 0

[Perlis] Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian perdana menteri

  [Copy link]
Post time 15-5-2024 12:13 AM | Show all posts |Read mode
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian perdana menteri


]Mei 14, 2024 @ 10:48pm



Motosikal penuntut UniMAP di parkir asrama lelaki di Pauh, terbakar. - Foto BH



ARAU: Nasib pelajar yang terkesan susulan kebakaran aras bawah Blok B Kompleks Perumahan Pauh Putra Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini pada awal pagi Sabtu lalu, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim, berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar yang juga Menteri Kewangan, yang menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 36 pelajar selepas motosikal mereka rosak akibat kebakaran itu.

Mohd Syamil Aklmar berkata, sumbangan berkenaan disampaikan oleh Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim yang meninjau tempat kejadian hari ini.

"Lapan pelajar menerima sumbangan hari ini, manakala selebihnya akan diberi kemudian kerana mereka telah pulang ke rumah masing-masing," katanya.

Beliau berkata, seramai 564 pelajar terjejas akibat kebakaran itu dan anggaran kos membaik-pulih bangunan yang terjejas belum diputuskan.

Pada 11 Mei lalu, media melaporkan 26 motosikal musnah dan 10 lagi mengalami kerosakan kecil selepas kawasan parkir asrama lelaki UniMAP itu terbakar pada awal pagi.

Ketua Polis Daerah Arau Supt Ahmad Mohsin Md Rodi dipetik sebagai berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 4.43 pagi.

– BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.139902 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list