CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5548|Reply: 5

[Tempatan] ASP antara 5 polis didakwa rompak warga China RM140,000

[Copy link]
Post time 15-5-2024 03:19 PM | Show all posts |Read mode
ASP antara 5 polis didakwa rompak warga China RM140,000

https://www.freemalaysiatoday.co ... rga-china-rm140000/

Bernama
15 May 2024, 03:06 PM


Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Hamidah Mohamed Deril membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin. (Gambar Pexelpix)

Pegawai berpangkat ASP bersama 4 koperal itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen KL hari ini.

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan polis berpangkat ASP bersama empat anggota mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan merompak seorang wanita warga China, membabitkan wang tunai RM140,000 di sebuah apartment bulan lepas.

ASP Mohd Faizol Ismail, 41, dan empat anggota berpangkat koperal iaitu Khairil Annuar Sulaiman, 39; Mohd Zaidi Jamaludin, 35; Mohd Adrafil Adlan Roslan, 28; dan Ahmad Rohafiz Abdul Rani, 39, didakwa merompak secara berkumpulan wang tunai berjumlah RM140,000 milik Zhang Chenxuan, berusia 20-an, di sebuah unit apartment di Jalan Tun Razak, Wangsa Maju pada 6 April.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Muhairi Mohamed Noh menawarkan jaminan RM20,000 bagi setiap tertuduh, berserta syarat tambahan iaitu pasport kesemua tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah, selain dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan, sehingga kes selesai.

Peguam Gurmukh Singh Sandhu yang mewakili Khairil Annuar, Mohd Zaidi, Ahmad Rohafiz dan Mohd Faizol, memohon jaminan rendah dengan alasan anak guamnya menanggung keluarga.

Peguam Shah Rizal Abdul Manan yang mewakili Mohd Adrafil Adlan, turut memohon jaminan rendah kerana anak guamnya, yang masih belum berkahwin, perlu menjaga ibu bapanya.

“Kesemua tertuduh termasuk anak guam saya hadir sendiri ke mahkamah, ini menunjukkan sikap mereka yang bertanggungjawab.

“Anak guam saya dan tertuduh lain merupakan penjawat awam (polis) yang masih bertugas selain mereka tidak akan melarikan diri,” kata peguam itu.

Hakim Hamidah Mohamed Deril membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 20 Jun ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2024 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Dasat eh anggota polis kottt. Ni yg tertangkap. Yg sebelum2 tu berapa dah agaknya. Len mcm polis2 zaman skrg
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 03:31 PM | Show all posts
nanti gaji gomen nak naik ni harap2 berubahla sikap masing2 yg suka ambik rasuah tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah banyak kali dengar, warga asing kena pau PDRM.

Korang jangan lupa kes anak expat tu kena rogol dalam kereta ya. Ntah dah cemana update kes tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 03:52 PM | Show all posts
merompak tu satu hal
perempuan china tu kemain byk duit
dia buat apa sini?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap kna buang & xdpt pencen.
Amin.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.054738 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list