CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2741|Reply: 2

[Tempatan] Amaran hujan berterusan buruk di Kelantan, Terengganu hingga Rabu

  [Copy link]
Post time 28-11-2023 11:30 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan (buruk) di beberapa kawasan di Kelantan sehingga esok.
MetMalaysia memaklumkan, Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.

Dalam masa sama, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) melibatkan beberapa kawasan di negeri Terengganu dan Pahang.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) serta Pahang (Kuantan dan Pekan) sehingga 29 November.

Katanya hujan dan ribut petir di Semenanjung hanya melibatkan beberapa kawasan di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu dan Johor.
“Di Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka dijangka mengalami hujan lebat di satu dua tempat di kawasan pantai.

“Selain itu, di Sabah hujan tertumpu di beberapa kawasan seperti Pedalaman dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya.

Menurut laporan sama, di Sarawak, hujan lebat turut diramal berlaku di Mukah.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2023 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
2/12 cemana cuaca kat pantai timur?
Ok ke tidok?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni mesti disebabkan konsert Coldpelir bukan Keraspelir tertutup tu kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.055321 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list